Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masjid Sultan rumah ibadah pertama jalankan latihan antipengganasan

Nov 25, 2019 | 08:27 PM



SUASANA di Masjid Sultan menjadi huru-hara apabila seorang lelaki datang 'menyerang' jemaah, namun polis dengan pantas mematahkan 'serangan' itu dengan merempuh masuk untuk menyelamatkan 'mangsa'.



Senario bak filem aksi itu merupakan simulasi serangan pengganas dalam satu latihan melawan pengganasan yang diadakan di masjid itu pada Ahad (24 Nov).



Ini kali pertama latihan sedemikian diadakan di sebuah tempat beribadah di Singapura.



Diberi nama ‘Heartbeat’, latihan itu dianjurkan bersama oleh Pasukan Polis Singapura (SPF), Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), dan Masjid Sultan.



Latihan ‘Heartbeat’ itu diadakan di Masjid Sultan bagi mengesahkan pelan kontingensinya dan mempertingkat pelan respons kontigensinya untuk “menghalang, mengesan, menangguh, menolak dan menangani senario serangan keganasan dengan lebih baik”, kata SPF, SCDF dan Masjid Sultan dalam satu kenyataan bersama pada Isnin (25 November).



“Usaha oleh pihak berkepentingan ini menunjukkan kepentingan bagi pemilik bangunan menyemak langkah keselamatan mereka dan mempertingkat persediaan kecemasan terhadap serangan keganasan.



“Pemilik bangunan digalak membangunkan pelan kontingensi untuk menangani serangan keganasan dan melatih kakitangan dan penyewa mereka supaya mengenali pelan itu,” kata  SPF, SCDF dan Masjid Sultan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >