Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masjid Tentera Di Raja buat persiapan sambut lebih ramai jemaah solat Jumaat

Nov 23, 2021 | 05:30 AM



GHAIRAH untuk menyambut lebih ramai jemaah bagi solat Jumaat minggu ini, Masjid Tentera Di Raja telah giat membuat persiapan untuk menerima lebih ramai jemaah.



Ini termasuk membuka beberapa kawasan tambahan di masjid serta mengerahkan sukarelawan untuk membantu jemaah-jemaah ketika mereka tiba di masjid.



Semalam, Majlis Ugama Islam Singapura ( Muis) telah mengumumkan bahawa, sekitar 10 hingga 12 masjid akan meningkatkan ruang kepada 100 jemaah setiap zon bagi solat Jumaat mulai minggu ini. Selaras dengan kelonggaran undang-undang ketika Singapura keluar dari fasa penstabilan.



Meskipun mereka menjangkakan menerima seganda bilangan jemaah dengan kelonggaran ini, Encik Amir Ibrahim, pengerusi, Masjid Tentera Di Raja semalam berkata bahawa pasukannya bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.



Menurut Encik Amir, masjid itu kini mempunyai sebanyak tiga zon berlainan dengan 50 orang dibenarkan menunaikan solat di setiap zon.



"Saya rasa jumlah jemaah yang kita jangkakan menerima bukan sesuatu yang baru. Sebelum ini pun kita pernah menampung jumlah jemaah yang sama.



"Apa yang kita akan lakukan adalah untuk menyesuaikan diri dan memaklumkan perkembangan berita ini bersama kakitangan kita serta sukarelawan kita yang akan membantu kita pada hari itu," kata beliau sambil menambah bahawa mereka kini mengadakan tiga sesi setiap minggu untuk solat Jumaat.



Sebagai persiapan menjelang hari Jumaat, Encik Amir berkata pasukannya telah menyediakan rancangan tambahan untuk mempastikan keselamatan orang ramai.



Antaranya termasuk memastikan langkah pembasmian kuman dapat dilakukan dengan cepat dan proses masuk ke masjid berjalan dengan lancar bagi jemaah yang datang untuk menunaikan solat.



"Dengan lebih ramai jemaah yang datang setiap sesi, terdapat lebih banyak tempat yang harus dibersihkan sebelum jemaah dari sesi seterusnya datang untuk solat.



"Jadi kami akan melakukan kerja pembersihan berselang yang lebih cepat.



"Selain itu, kita juga merancang untuk mengerahkan sukarelawan kami di pintu masuk masjid untuk pastikan proses masuk ke masjid berjalan dengan lancar," jelas beliau yang mempunyai seramai 35 sukarelawan.



Menantikan jemaah ke masjid, Encik Amir berkata walaupun pasukannya gembira untuk menyambut jemaah ke masjid itu, mereka berharap mereka dapat terus mematuhi langkah-langkah pengurusan selamat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >