Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masjid Yusof Ishak dijangka siap 2016

Aug 22, 2014 | 04:32 PM



KERJA-KERJA pembangunan bagi masjid baru di Woodlands - Masjid Yusof Ishak - disasarkan bermula pada suku pertama tahun depan dan dijangka siap pada hujung 2016.


Apabila siap kelak, masjid tersebut boleh menampung sekitar 4,200 jemaah, sekali gus mengurangkan kesesakan di Masjid An-Nur, di Admiralty Road.


Kos pembangunan Masjid Yusof Ishak, yang terletak Woodlands Drive 17, dianggarkan sekitar $15 juta.


Jawatankuasa pembinaan masjid itu, yang dipengerusikan Haji Mohammed Ayub Johari, 72 tahun, telah pun memulakan usaha bagi mengumpulkan $2.5 juta lagi untuk menampung kos perabot dan kelengkapan masjid.


Sebanyak $1 juta telah dikumpulkan sejauh ini melalui infak dan sumbangan orang ramai.


Satu pameran reka bentuk Masjid Yusof Ishak telah dilancarkan Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim, di Masjid An-Nur, sebentar tadi.


Ia mendedahkan saranan reka bentuk Masjid Yusof Ishak, yang menampilkan ciri-ciri warisan Melayu seperti berandah dan pelepar (balustrade) yang direka dengan bentuk cantik.


Masjid itu juga menampilkan curam (pitch roof) bagi bumbungnya dan bukan kubah bagi menonjolkan seni bina Melayu.


Ia turut bakal mempunyai kemudahan seperti lif, tanjakan dan tempat mengambil wuduk yang terletak berdekatan dengan ruang solat bagi memenuhi keperluan warga emas.


Pameran tersebut, yang akan diadakan selama dua minggu, membolehkan orang ramai memberi maklum balas mengenai rekaan, kemudahan dan program ataupun khidmat yang boleh diterapkan dalam masjid baru itu.


Dr Yaacob berkata, penamaan masjid baru itu sempena presiden pertama Singapura, Allahyarham Yusof Ishak, adalah langkah baik bagi mengiktiraf sumbangan beliau kepada negara.


Katanya, sebagai sebuah masjid, ia adalah penting untuk menjalankan program-program untuk memenuhi keperluan masyarakat.


Namun, oleh kerana nama Allahyarham digunakan, ia juga penting bagi masjid untuk mendampingi masyarakat seluas-luasnya bagi mengeratkan lagi silaturahim dengan semua lapisan masyarakat.


"Saya rasa sebagai presiden, beliau menunjukkan bahawa inklusiviti, kepelbagaian kaum adalah satu ciri yang beliau ingin hidupkan di Singapura dan sebagai satu masjid saya harap kita dapat menjalankan program-program demi untuk melibatkan semua lapisan masyarakat tidak kira bangsa atau agama," kata beliau.


Masjid Yusof Ishak merupakan masjid satelit yang ke-26 dibiayai masyarakat menerusi Dana Pembinaan Masjid dan Mendaki (MBMF).


Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, dalam ucapan Rapat Hari Kebangsaan, baru-baru ini mengumumkan masjid baru di Woodlands itu akan dinamakan sempena Presiden Yusof Ishak, sebagai memberi penghargaan atas sumbangannya kepada negara dan mengiktiraf generasi perintis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >