Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masjid Yusof Ishak ditutup sehari selepas pengesanan kes Covid-19

Aug 07, 2021 | 01:21 PM



MASJID Yusof Ishak telah ditutup sementara selama sehari sejak waktu zuhur pada Sabtu (7 Ogos) bagi kerja pembersihan dan pembasmian kuman setelah seorang individu yang mengunjunginya disahkan positif Covid-19.



Ia akan dibuka semula pada waktu zuhur Ahad.



Ini dimaklumkan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dalam pos Facebook pada Sabtu.



Menurut Muis, individu berkenaan berkunjung ke Masjid Yusof Ishak pada 23 Julai antara 12.46 tengah hari hingga 1.31 petang serta pada 30 Julai antara 2.51 petang hingga 3.30 petang.



Menurut Muis, semua tempahan untuk solat berjemaah dibatalkan secara automatik.



Jemaah yang mengunjungi masjid pada waktu kunjungan kes Covid-19 yang tertera pada 23 dan 30 Julai dinasihati agar memantau kesihatan mereka dan segera mendapat rawatan perubatan jika tidak sihat. 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >