JEMAAH kini tidak perlu risau dibasahi hujan dalam perjalanan ke Masjid Yusof Ishak di Woodlands disebabkan kempen kongsi payung baru yang dilancarkan.
Sebagai respons terhadap maklum balas tentang laluan pejalan kaki yang tidak berteduh dari perhentian bas berdekatan menuju masjid tersebut, Masjid Yusof Ishak telah melancarkan kempen kongsi payung hari ini.
Payung-payung ini, yang juga boleh digunakan oleh penduduk sekitar kawasan tersebut, boleh diambil dan dikembalikan ke dua tempat yang terletak di perhentian bas sepanjang Woodlands Avenue 1 dan pintu belakang masjid tersebut.
Inisiatif itu merupakan kerjasama antara masjid itu dan Jawatankuasa Perundingan Rakyat Admiralty.
Ia juga disokong oleh Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dan syarikat makanan Goh Joo Hin, yang telah menyumbang sebanyak 300 payung untuk kempen tersebut.