Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masjidil Haram sibuk dengan ramai jemaah umrah: Masagos

Mar 27, 2022 | 10:11 PM



SUASANA di Arab Saudi khususnya di Masjidil Haram kian sibuk dengan kehadiran lebih ramai jemaah umrah berikutan langkah pihak berkuasa Saudi melonggarkan langkah pengurusan selamat bagi pengunjung dari dalam dan luar negara.

Memberi pengamatannya itu melalui satu catatan di Facebook pada Ahad (27 Mac), Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, juga melahirkan rasa syukur kerana berpeluang  kembali ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadah umrah dan bersolat di masjid agung itu  sejak Covid-19 melanda.

Kali terakhir beliau berada di sana adalah  pada 2020.





Ketika di Makkah, Encik Masagos juga berkesempatan bertemu dengan Sheikh Dr Hatim Al Awni, seorang cendekiawan Islam yang disegani.

“Perbincangan kami padat dan berkisar tentang Persidangan Antarabangsa Masyarakat Gemilang (ICCOS) anjuran Muis (Majlis Ugama Islam Singapura) yang bakal berlangsung September nanti.

“Persidangan itu bakal menyediakan wadah bagi masyarakat minoriti Islam seluruh dunia untuk berbincang dan membentuk gedung-gedung ilmu yang dapat membimbing masyarakat mengemudi isu-isu berkaitan Islam yang sensitif dan rumit dengan yakin dan berhikmah,” kongsi beliau.





Semasa diminta pandangannya mengenai persidangan itu, Sheikh Dr Al Awni mengalu-alukan usaha membentuk gedung-gedung ilmu khusus buat masyarakat Muslim.

“Namun (beliau) menegaskan bahawa ia perlu bersauh kepada nilai dan tradisi ilmu agama yang mapan supaya lebih teguh dan mendapat sokongan pelbagai pihak.

“Atas ketokohan beliau, saya telah mengundangnya menjadi salah seorang penceramah ICCOS. Saya harap kami dapat bertemu di Singapura bagi  kami membalas sambutan hangat yang beliau berikan kepada saya dan delegasi Singapura,” ujar Encik Masagos.





Beliau sedang mengadakan lawatan rasmi ke Saudi mulai Sabtu hingga 1 April.

Encik Masagos dijadual bertemu Menteri Haji dan Umrah, Dr Tawfiq Fawzan Al Rabiah, untuk membincangkan perkara berkaitan musim haji akan datang yang dijadual pada Julai ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >