Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masuk pawagam hanya dengan TraceTogether

Oct 21, 2020 | 05:30 AM



DAFTAR masuk melalui token atau aplikasi TraceTogether akan diwajibkan bagi penonton pawagam menyusuli langkah baru yang akan dilancarkan di semua pawagam Singapura bermula 26 Oktober.



Pengendali panggung wayang akan diberi tempoh penangguhan sehingga 16 November, bagi memastikan TraceTogether dilaksanakan sepenuhnya oleh kerana ia akan menjadi satu-satunya wadah daftar masuk.



Ini bermakna pengunjung pawagam tidak boleh daftar masuk menggunakan pengimbasan kod QR SafeEntry atau aplikasi Singpass, ataupun kod jalur di kad pengenalan (NRIC).



Pawagam swasta 'The Projector' adalah pawagam yang pertama untuk mengumumkan langkah baru ini dalam satu catatan di Facebook kelmarin.



Menurut catatan itu pengunjung tidak akan dibenarkan masuk pawagam tersebut melainkan daftar masuk menggunakan aplikasi atau token TraceTogether.



Menurut pengurus besar pawagam itu Encik Prashant Somosundram, pawagam di Singapura sudah diberi penerangan mengenai apa yang patut dijangkakan.



"Kami diberitahu tempoh penangguhan diberi hingga 16 November untuk memastikan kelancaran kedua sistem, namun kami akan mewajibkan daftar masuk melalui TraceTogether bermula 26 Oktober kerana kami kurang kakitangan," kata Encik Prashant kepada akhbar The Straits Times.



Aplikasi TraceTogether merangkumi fungsi pengimbasan kod QR SafeEntry, sementara tokennya akan mengesan kod QR dengan fungsi yang sama.



Jurucakap bagi Kumpulan Negara Bijak dan Pemerintah Digital (SNDGG) kelmarin berkata tempoh penangguhan itu adalah untuk memberi pengguna lebih masa menyesuaikan diri dengan langkah baru itu.



"Pengendali tidak perlu memperoleh peralatan baru, dan hanya perlu memasang aplikasi pengimbasan SafeEntry pada telefon bijak untuk mengimbas kod QR pada token (TraceTogether)," tambah jurucakap itu.



Pawagam adalah tempat pertama yang mewajibkan daftar masuk melalui TraceTogether.



Bulan lalu, pihak berkuasa telah memperkenalkan sistem daftar masuk dengan hanya menggunakan TraceTogether sebagai satu program perintis di beberapa tempat tertentu tetapi akan meningkatkan pelaksanaannya setelah pengagihan token TraceTogether ke serata Singapura.



Pengagihan token itu dilancarkan bulan lepas di 20 kelab masyarakat dan meningkat ke 100 lokasi, termasuk pusat membeli-belah, pada bulan ini.



Lebih 100,000 token telah diambil oleh penduduk Singapura pada 4 Oktober, menurut angka yang diberi SNDGG.




"Pengendali tidak perlu memperoleh peralatan baru, dan hanya perlu memasang aplikasi pengimbasan SafeEntry pada telefon bijak untuk mengimbas kod QR pada token (TraceTogether)."
- Jurucakap Kumpulan Negara Bijak dan Pemerintah Digital (SNDGG).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >