Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masuk SG jalan udara: Pelawat hanya perlu ambil ujian sebelum berlepas

Mar 25, 2022 | 05:30 AM



SEMUA pelawat yang lengkap divaksin terhadap Covid-19 serta kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah, kini boleh memasuki Singapura dengan hanya memerlukan mereka mengambil ujian sebelum berlepas mulai 11.59 malam pada 31 Mac.



Pelancong juga tidak lagi perlu mengambil penerbangan yang ditetapkan untuk memasuki Singapura tanpa kuarantin, dan tidak perlu mengambil ujian pantas antigen (ART) Covid-19 dalam tempoh 24 jam selepas ketibaan.



Tiada lagi kuota akan ditetapkan bagi bilangan ketibaan setiap hari, dan semua pengunjung sudah divaksin juga tidak lagi perlu mendapatkan kelulusan.



Dasar sempadan baru itu akan menjadikan pengalaman pelancongan hampir sama seperti sebelum pandemik.



Dalam langkah paling ketara membuka semula sempadan Singapura, pemerintah telah memperkenalkan skim perjalanan baru, yang dinamakan Rangka Kerja Perjalanan Vaksinasi, menggantikan skim Laluan Perjalanan bagi Orang Sudah Divaksinasi (VTL) sedia ada.



Di bawah Rangka Kerja Perjalanan Vaksinasi ini, Kementerian Kesihatan (MOH) berkata setiap negara dan wilayah akan diklasifikasikan kepada dua kategori - Perjalanan Umum atau Kategori Larangan.



Buat masa ini, tiada negara atau wilayah yang berada di bawah Kategori Larangan, menurut MOH dalam kenyataannya semalam.



Namun begitu, MOH berkata ujian dua hari sebelum berlepas akan tetap dikekalkan buat masa ini.



"Kami akan terus memantau situasi Covid-19 setempat dan global dan akan mempertimbangkan langkah meniadakan keperluan ujian sebelum berlepas dalam beberapa minggu akan datang," jelas MOH.



Pemegang pas jangka panjang dan pelawat jangka pendek berumur 13 tahun ke atas yang tidak divaksin sepenuhnya secara amnya tidak dibenarkan memasuki Singapura.



Walau bagaimanapun, pengecualian akan dibuat untuk pemegang pas jangka panjang yang tidak layak divaksin atas sebab perubatan, pemegang pas jangka panjang berumur 13 hingga 17 tahun, serta pemegang pas jangka panjang dan pelawat jangka pendek dengan kelulusan kemasukan sah yang lain.



Pelawat ini dikehendaki mengambil ujian dalam masa dua hari sebelum berlepas ke Singapura, menjalani notis jangan keluar rumah (SHN) selama tujuh hari, dan mengambil ujian tindak balas rantai polimerase di akhir tempoh SHN mereka.



Semasa ucapannya semalam, Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong berkata langkah membuka semula kepada pelancong yang lengkap divaksin akan memberikan rangsangan yang amat diperlukan kepada perniagaan, khususnya sektor pelancongan, dan membantu Singapura merebut semula kedudukannya sebagai hab perniagaan dan penerbangan.



Bersependapat Menteri Pengangkutan, Encik S Iswaran semasa bercakap di sidang media Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) bagi Covid-19 semalam menambah bahawa akan terdapat beberapa perubahan lain dengan pembukaan semula bagi semua pelancong yang lengkap divaksin.



Beliau berkata Kementerian Pengangkutan (MOT) telah bekerjasama dengan rakan kongsi penerbangan dan maritim mengenai penyelarasan operasi di lapangan terbang dan terminal feri di Singapura bagi agar dapat bersedia membuat peralihan ini.



Antaranya termasuk tidak memerlukan kakitangan lapangan terbang untuk menggunakan pelitup, kecuali mereka yang mempunyai peranan berisiko tinggi yang memerlukan mereka berpakaian lengkap dengan pelindung muka dan sarung tangan.



Selain itu, mereka juga tidak lagi diperlukan untuk menjalani ujian Covid-19 secara kerap.



Sementara itu, lapangan terbang tidak perlu diasingkan mengikut zon, sekali gus membolehkan pelancong bergerak bebas di kawasan transit.



"Dengan langkah ini, matlamat kami adalah untuk mengalu-alukan syarikat penerbangan kembali untuk berkhidmat kembali ke Singapura dan rantau ini, meningkatkan jumlah penumpang kepada sekurang-kurangnya 50 peratus daripada tahap pra-Covid tahun ini, dan memulihkan pengalaman di Changi yang terkenal dikalangan para pelancong," kata Encik Iswaran.




''Dengan langkah ini, matlamat kami adalah untuk mengalu-alukan syarikat penerbangan kembali untuk berkhidmat kembali ke Singapura dan rantau ini, meningkatkan jumlah penumpang kepada sekurang-kurangnya 50 peratus daripada tahap pra-Covid tahun ini, dan memulihkan pengalaman di Changi yang terkenal di kalangan para pelancong.''
- Menteri Pengangkutan, Encik Iswaran.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >