Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masyarakat Belia Asean dilancar, hubungkan golongan muda serantau

Aug 09, 2018 | 05:30 AM



GOLONGAN belia di negara ini akan mendapat lebih banyak peluang untuk menyertai program bekerja sambil belajar atau melakukan kerja sukarela di negara Asia Tenggara lain tidak lama lagi.



Ini menyusuli pelancaran Masyarakat Belia Asean (AYC) semalam sebagai sebuah wadah untuk menghubungkan golongan muda di rantau ini dengan satu sama lain serta dengan peluang program bekerja sambil belajar atau peluang kerja sukarela di negara Asean lain.



Daya usaha tersebut dilancarkan dalam satu acara di Sekolah Menengah Serangoon Garden sempena ulang tahun ke-51 Asean semalam.



Acara itu turut dihadiri sekitar 400 diplomat dan ahli delegasi belia dari negara Asean.



Menurut akhbar The Straits Times, wadah baru itu dimulakan oleh Character and Leadership Academy, sebuah badan amal setempat yang mempunyai tumpuan dalam bidang pembangunan kepimpinan belia.



Malah, terdapat juga rancangan untuk mengadakan bengkel dan sidang bagi belia dari Asean termasuk satu sidang puncak Disember ini bagi mengiktiraf pemimpin belia yang cemerlang dari negara Asean.



Selain itu, program AYC lain juga mungkin akan ditubuhkan di negara Asia Tenggara lain pada masa akan datang.



Setiausaha Parlimen Kanan (Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Pendidikan), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, turut hadir di majlis pelancaran AYC semalam.



Dr Faishal berkata beliau yakin AYC akan membina lagi keupayaan golongan muda di Asean.



Pengarah Eksekutif Character and Leadership Academy, Encik Delane Lim, yang juga pengerusi AYC berkata wadah itu diharapkan dapat memperkasa belia Asean untuk menerajui usaha berdaya tahan di tempat kerja pada masa akan datang.



"AYC juga boleh mendidik dan membangunkan golongan muda agar mereka tidak sahaja bersiap sedia bagi menghadapi hari muka tetapi juga bagi Asean," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >