Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masyarakat berbilang kaum S'pura bersatu lebih penting sekarang

PM Lee: Berlatarkan serangan pengganas di Eropah baru-baru ini, negara teguh dan persefahaman kukuh semakin diperlukan
Jun 08, 2017 | 05:30 AM



MASYARAKAT berbilang kaum yang bersatu, menjalin persefahaman kukuh dan teguh penting bagi Singapura, berlatarkan serangan pengganas di Eropah baru-baru ini, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong.



"Dengan serangan pengganas baru-baru ini di Manchester, London dan juga di Paris, adalah lebih penting bagi masyarakat berbilang kaum kita bersatu, memperkukuh persefahaman dan menjadi negara yang lebih teguh," kata Encik Lee.



Beliau berkata demikian dalam laman Facebooknya semalam, selepas lawatannya ke Masjid Al-Muttaqin di Ang Mo Kio untuk menghadiri majlis iftar bersama 400 jemaah kelmarin.



Semasa di sana, Encik Lee dibawa pegawai masjid melihat-lihat ruang yang telah dipertingkat di masjid itu dan juga beramah mesra dengan sukarelawan, kakitangan dan pelajar masjid tersebut.



Encik Lee turut memuji sukarelawan Masjid Al-Muttaqin dan masjid lain di Singapura kerana sumbangan mereka kepada masjid dan masyarakat.



"Terima kasih kepada sukarelawan di Masjid Al-Muttaqin dan masjid-masjid di serata Singapura yang bekerja keras semasa Ramadan untuk menyediakan hidangan bagi jemaah dan orang ramai.



"Kepada semua umat Islam, selamat menunaikan ibadah puasa," kata Encik Lee.



Encik Lee ditemani Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim, dan rakan Anggota Parlimen (AP) GRC Ang Mo Kio semasa lawatan itu.



Masjid berusia hampir 40 tahun itu baru menjalani peningkatan dan sekarang boleh menampung hingga 3,500 jemaah - tambahan 500 tempat.



Ia juga sekarang lebih mesra pengguna, terutama bagi golongan kurang upaya.



"Saya gembira dapat bersama-sama Menteri Yaacob Ibrahim, para AP serta teman-teman berbilang bangsa di majlis iftar Masjid Al-Muttaqin di Ang Mo Kio semalam.



"Masjid itu semakin cantik selepas diubah elok. Selain ruang solat utama yang lebih luas dan selesa, ia dilengkapi dengan kemudahan baru seperti tanjakan, lif dan tandas untuk orang kurang upaya. Bilik darjah tadika dan madrasah pun dinaik taraf," kata Encik Lee.



Menelan belanja $3.5 juta, kerja peningkatan yang bermula pada 2015 itu siap Mac lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >