Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masyarakat berperanan bantu golongan memerlukan: DPM Wong

Program Little Steps @ North West dilancar, sediakan bantuan kewangan tambahan bagi keluarga KidSTART
Jan 15, 2023 | 05:30 AM



WALAUPUN pemerintah melakukan segala yang termampu untuk membantu warga Singapura mengurangkan kesan kos sara hidup yang lebih tinggi, terdapat juga ruang untuk warga memain peranan masing-masing, kata Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong



Menambah, Encik Wong berkata usaha dan kerjasama sedemikian - antara pemerintah, individu dan pertubuhan - adalah satu cara untuk memupuk masyarakat yang benar-benar inklusif.



Ini berlaku apabila pemerintahnya aktif menyokong mereka yang memerlukan bantuan dan ini dilakukan selaras dengan usaha rangkaian individu dan pertubuhan yang mendukung peranan aktif memperkukuh kompak sosial Singapura, kata Encik Wong.



"Semangat persaudaraan ini adalah sesuatu yang harus kita perjuangkan di Singapura.



"Ini bermakna kita harus terus menggalakkan inisiatif di peringkat akar umbi dan tidak mengabaikannya apabila pemerintah meningkatkan sokongan sosialnya.



"Kita juga harus mengukuhkan rangkaian sosial dalam masyarakat supaya mereka benar-benar berdikari," kata Encik Wong.



Encik Wong berkata demikian semalam, semasa berucap di majlis pelancaran program bantuan baru bagi keluarga berkemampuan rendah yang tinggal di kawasan barat daya Singapura.



Program itu, yang dinamakan Little Steps @ North West dikendalikan oleh Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) North West (CDC) dan bertujuan memberikan sokongan kewangan tambahan kepada kanak-kanak dan keluarga yang berdaftar dalam program KidSTART.



Lebih 650 kanak-kanak yang menyertai program KidSTART - program yang menyokong pembangunan awal kanak-kanak dari keluarga berpendapatan rendah - boleh menerima wang tunai $500 setahun menerusi program Little Steps @ NorthWest.



Wang itu akan dimasukkan ke dalam akaun bank ibu bapa atau penjaga kanak-kanak itu.



Menurut CDC NorthWest, program itu dijangka dijalankan selama sekurang-kurangnya lima tahun dan ditampung menggunakan dana $2 juta yang dikumpulkan menerusi Dana Rising Hope CDC NorthWest.



"Saya berharap kerja baik yang dilakukan oleh CDC North West akan berjaya menyediakan contoh teladan kepada organisasi masyarakat lain untuk melakukan bahagian mereka dan bekerjasama dengan pemerintah, supaya bersama-sama kita dapat menyokong keluarga berpendapatan rendah di Singapura," kata Encik Wong.



Turut menghadiri acara pelancaran di Night Safari semalam ialah Mayor CDC North West, Encik Alex Yam, yang juga Anggota Parlimen (AP) GRC Marsiling-Yew Tee; AP GRC Holland-Bukit Timah, Encik Edward Chia; AP GRC Nee Soon, Encik Derrick Goh; AP GRC Sembawang, Cik Mariam Jaafar; dan AP GRC Marsiling-Yew Tee, Cik Hany Soh.



Melahirkan rasa gembira menerima sokongan yang luar biasa daripada badan korporat dan juga individu dalam masyarakat, Encik Yam berkata:



"Kami mempunyai ramai penderma korporat dan penderma individu yang murah hati dan menghubungi kami kerana ingin menyumbang kepada masyarakat.



"Sumbangan mereka akan terus menyokong program ini selama lima tahun."



Menurut Encik Yam, beliau yakin penyokong program itu, dan anggota masyarakat lain akan tampil memberi sokongan jika jumlah benefisiari bertambah pada masa depan dan sokongan tambahan di perlukan.




"Semangat persaudaraan ini adalah sesuatu yang harus kita pegang di Singapura.Ini bermakna kita harus terus menggalakkan inisiatif asas dan tidak memadamkannya apabila pemerintah meningkatkan sokongan sosialnya."- Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong.




PROGRAM LITTLE STEPS @ NORTH WEST



APA ITU LITTLE STEPS @ NORTH WEST?



■ Little Steps @ North West menyediakan sokongan kewangan kepada keluarga pendapatan rendah dengan anak kecil (sehingga 6 tahun) yang juga berdaftar dengan program KidSTART Singapore (SG). Wang tunai yang diberikan bertujuan membantu melegakan tekanan keluarga dari segi perbelanjaan harian, membolehkan ibu bapa dan penjaga memberi tumpuan terhadap perkembangan holistik anak mereka.



■ Mereka yang layak akan menerima bantuan kewangan $500 setahun, yang akan dimasukkan ke dalam akaun bank ibu bapa atau penjaga.



SIAPA LAYAK UNTUK PROGRAM INI?



■ Keluarga yang mempunyai anak kecil sehingga enam tahun, yang mendaftar di bawah KidSTART SG, dan tinggal di kawasan barat daya boleh menyertai program ini.



BAGAIMANA CARA KELUARGA BERPENDAPATAN RENDAH YANG BUKAN DI BAWAH PROGRAM KIDSTART MENDAFTAR BAGI LITTLE STEPS @ NORTH WEST?



■ Keluarga yang layak boleh mendaftarkan anak mereka yang berumur sehingga enam tahun dengan mengisi borang rujukan KidSTART di https://go.gov.sg/kidstartreferral, atau dengan melungsuri https://kidstart.sg untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang KidSTART.



■ Bagi keluarga yang tidak memenuhi kriteria kelayakan pula, mereka boleh meneroka skim bantuan lain di bawah Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF), atau CDC North West.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >