Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Kes remaja rancang serangan bukti pengganasan tidak terhad pada sesuatu kaum, agama

Desmond Tan: SG perkukuh akta, bangun daya tahan banteras pengganasan, radikalisasi
MHA
Feb 17, 2021 | 05:30 AM



KES remaja Singapura berusia 16 tahun yang merancang dan bersedia menjalankan serangan pengganas terhadap Muslim di sini menunjukkan dengan jelas keinginan melakukan tindakan ganas tidak terhad pada sesuatu kaum atau agama, tegas Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri) Desmond Tan.



"Mereka yang terdedah kepada ucapan berbaur kebencian boleh dipengaruhinya. Remaja 16 tahun itu akan menjalani kaunseling psikologi dan keagamaan bagi memperbetul ideologi radikalnya dan menangani kecenderungannya pada keganasan.



"Kami berharap dia akan respon secara positif dan berjaya menjalani pemulihan agar dia dapat meneruskan kehidupannya," kata Encik Tan.



Beliau berkata demikian di Parlimen semalam semasa menjawab lapan soalan berhubung penangkapan remaja itu, yang menjadi radikal sendiri, dan langkah yang diambil terhadap pengganasan dan radikalisasi.



Soalan itu ditanya Encik Christopher De Souza (GRC Holland-Bukit Timah), Encik Desmond Choo (GRC Tampines), Encik Murali Pillai (SMC Bukit Batok), dan Encik Lim Biow Chuan (SMC Mountbatten).



Remaja beragama Kristian Protestan itu ditangkap Disember lalu selepas dia membuat perancangan dan persediaan terperinci bagi menyerang Muslim di dua masjid di sini menggunakan parang.



Dia warga termuda Singapura ditangani di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bagi kegiatan berkaitan pengganasan.



Menjawab soalan Encik Choo apakah siasatan konklusif remaja itu bertindak sendirian, atau lone wolf, Encik Tan berkata siasatan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) mendapati dia bertindak sendirian dan tiada tanda dia cuba melibatkan orang lain dalam rancangannya.



Mengenai usaha membanteras pengganasan dan radikalisasi, Encik Tan berkata Singapura telah memperkukuh undang-undang dan membangunkan daya tahan terhadap pengganasan.



Contohnya, Akta Pengganasan (Mengekang Pembiayaan) dikemas kini dan berkuat kuasa mulai April 2019. Antara perubahan utamanya ialah meluaskan larangan berhubung kegiatan pembiayaan pengganasan untuk termasuk latihan pengganasan dan meningkatkan denda tidak mendedahkan maklumat berkaitan pembiayaan pengganasan kepada pihak berkuasa.



Mengenai usaha negara bekerjasama dengan sekolah, Encik Tan menerangkan ISD telah menjalin kerjasama dengan sekolah, institut pendidikan tinggi dan pertubuhan masyarakat bagi menjalankan kegiatan anti-pengganasan dan antiradikalisi untuk mendekati pelajar, belia dan pendidik sejak 2007.



Ini dijalankan melalui bengkel, perbincangan dan seminar.



Dek pandemik Covid-19, ISD memanfaatkan platform dalam talian bagi usaha itu. Rakan kongsi masyarakat seperti Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG) dan Kumpulan Jagaan Susul Antara Agensi (ACG) juga menjalankan kegiatan mendekati membanteras ideologi yang disasar terhadap pelajar dan belia.



RRG, misalnya, bekerjasama dengan sekolah bagi menganjurkan ceramah di perhimpunan pelajar, bengkel dan lawatan pembelajaran ke pusat kaunseling dan sumbernya.



Sejak pandemik Covid-19, RRG telah memperhebat usahanya di alam maya dan menjalankan 60 ceramah dalam talian, memuat naik pos secara langsung, dan melakukan pendekatan dalam talian serta video bagi masyarakat, termasuk remaja.



Encik Tan juga berkata di luar bilik darjah, terdapat usaha menggalak dialog antara kaum dan agama. Ini termasuk dialog bersiri Regardless of Race (Tidak Kira Bangsa) yang dianjurkan OnePeople.sg dan disokong Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY), yang menawarkan platform bagi perbincangan mengenai sentimen, isu dan norma berkaitan kaum.



"Sebuah masyarakat padu dan bersatu adalah pertahanan terbaik terhadap pengganasan dan radikalisasi.



"Kami akan terus memperkukuh usaha membina masyarakat berdaya tahan yang bersedia bagi serangan pengganasan di Singapura dan memainkan peranan aktif dalam melindungi perpaduan Singapura apabila berdepan dengan ancaman," kata Encik Tan.




MASYARAKAT BERSATU PERTAHANAN TERBAIK TERHADAP PENGGANASAN

"Mereka yang terdedah kepada ucapan berbaur kebencian boleh dipengaruhinya. Remaja 16 tahun itu akan menjalani kaunseling psikologi dan keagamaan bagi memperbetul ideologi radikalnya dan menangani kecenderungannya pada keganasan... Sebuah masyarakat padu dan bersatu adalah pertahanan terbaik terhadap pengganasan dan radikalisasi. Kami akan terus memperkukuh usaha membina masyarakat berdaya tahan yang bersedia bagi serangan pengganasan di Singapura dan memainkan peranan aktif dalam melindungi perpaduan Singapura apabila berdepan dengan ancaman."

- Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri) Desmond Tan.




SEKILAS KES REMAJA RANCANG SERANGAN GANAS 



  • Pelajar sekolah menengah berusia 16 tahun, warga Singapura berbangsa India, beragama Kristian Protestan.

  • Ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada Disember lalu.

  • Ditangkap di bawah ISA pada 26 November lalu.

  • Dikenakan Arahan Penahanan di bawah ISA pada 23 Disember lalu.

  • Buat rancangan dan persiapan terperinci untuk bunuh Muslim menggunakan parang di Masjid Assyafaah dan Masjid Yusof Ishak pada 15 Mac, sempena ulang tahun kedua serangan pengganas di Christchurch, New Zealand.

  • Dia orang pertama ditahan di sini disebabkan dipengaruh ideologi pelampau sayap kanan.

  • Dia individu termuda ditahan di bawah ISA bagi kegiatan berkaitan pengganasan.

  • Siasatan menunjukkan dia bertindak sendirian.

  • Dia dipengaruhi tindakan dan manifesto Brenton Tarrant, penyerang dua masjid di Christchurch itu.

  • Dia membeli ves taktikal dan berhasrat membeli parang berharga $190 di wadah dalam talian Carousell.

  • Dia ingin siarkan serangannya secara langsung dalam talian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >