Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

UCAPAN BAHASA MANDARIN

Masyarakat Cina beri banyak konsesi untuk sokong dasar berbilang kaum

ndr
Aug 30, 2021 | 05:30 AM



MASYARAKAT Cina di sini telah memberi banyak konsesi untuk menyokong dasar berbilang kaum yang telah mewujudkan keharmonian kaum dan keadaan sosial yang stabil, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong.



Justeru, beliau melahirkan harapan agar kaum majoriti itu akan terus memainkan peranan memastikan hubungan antara kaum yang terus harmoni di sini.



Berucap dalam bahasa Mandarin di Rapat Hari Kebangsaan (NDR) 2021 semalam, Encik Lee berkata generasi pemimpin pengasas Singapura tidak bersikap berpihak kepada sebarang kaum semasa menggubal undang-undang dan langkah-langkah pentadbiran.



Dasar itu menerima sokongan daripada masyarakat Cina dan menjadi kekuatan harmoni antara kaum di Singapura, menurut Encik Lee.



Beliau memberi contoh konsesi yang diberikan kaum Cina majoriti bagi menyokong langkah pemerintah menggunakan bahasa Inggeris sebagai lingua franca atau bahasa perantaraan supaya kaum minoriti etnik di sini berasa lebih selesa.



Menggunakan bahasa Inggeris meletakkan kumpulan yang hanya boleh bercakap bahasa Mandarin dan dialek dalam kedudukan yang merugikan.



"Justeru, dakwaan wujud keistimewaan kaum Cina atau Chinese privilege di Singapura kesemuanya adalah tanpa bukti," kata Encik Lee.



"Kita melayani setiap kaum secara saksama, dan tanpa memberikan sebarang keistimewaan.



"Hanya sedikit sahaja negara-negara yang menjadikan perkara ini dasar mereka dan dalam kalangan mereka, hanya segelintir sahaja yang berjaya menjadikannya satu realiti," tambah beliau.



Namun, Encik Lee akur selepas Singapura menikmati kehidupan aman selama beberapa dekad, ada sebahagian warga Singapura Cina mengambil mudah keharmonian sosial dan kini bersikap kurang sensitif terhadap perasaan kaum minoriti.



"Sebahagian warga Singapura Cina mungkin tidak sedar akan perasaan kaum minoriti. Saya mendengar ini dari warga Singapura bukan Cina dari masa ke masa," kata Encik Lee.



Beliau memberi dua contoh yang menunjukkan usaha memupuk keharmonian antara kaum di Singapura belum selesai dan harus diteruskan.



Pertama, Encik Lee berkata ada sebahagian kaum minoriti yang tersinggung apabila cuba menyewa rumah dari pemilik Cina dan diberitahu pemilik itu enggan menyewakan rumah itu kepada mereka berdasarkan kaum etnik mereka semata-mata.



Kaum minoriti etnik juga berdepan dengan lebih banyak kesukaran apabila mencari pekerjaan, dengan sebahagian majikan Cina lebih cenderung menggajikan pekerja Cina, meskipun tugas yang ditawarkan tidak memerlukan pekerja berbahasa Mandarin, misalnya, kata Encik Lee.



Beliau berkata dua contoh tersebut berbeza daripada apabila kita mencari kawan atau pasangan hidup dari kaum etnik yang sama. Perkara tersebut adalah lumrah manusia dan berlaku dalam sebarang masyarakat atau kaum.



Namun, mencari pekerjaan atau rumah sewa melibatkan ruang yang dikongsi oleh semua kaum dan secara langsung menjejas hubungan antara kaum.



"Jika kita membiarkan kecenderungan majikan dan pemilik rumah sedemikian bertambah bagi tempoh lebih lama tanpa ditangani, kecenderungan sedemikian boleh secara perlahan memperdalam rekahan dalam masyarakat kita.



"Justeru, kita semua harus mendukung prinsip kesamaan kaum untuk membina masyarakat yang lebih insklusif," kata Encik Lee lagi.




TIDAK ADA KEISTIMEWAAN KAUM CINA



"Justeru, dakwaan wujud keistimewaan kaum Cina atau Chinese privilege di Singapura kesemuanya adalah tanpa bukti.



Kita melayani setiap kaum secara saksama, dan tanpa memberikan sebarang keistimewaan.



Hanya sedikit sahaja negara-negara yang menjadikan perkara ini dasar mereka dan dalam kalangan mereka, hanya segelintir sahaja yang berjaya menjadikannya satu realiti."
- Perdana Menteri Lee Hsien Loong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >