Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masyarakat digesa pertingkat usaha bantu bekas penagih

Jan 18, 2018 | 05:30 AM



LEBIH banyak pertubuhan Melayu-Islam, termasuk masjid, harus tampil memerangi gejala dadah.



Ini kerana mereka dalam kedudukan lebih baik untuk membimbing dan membantu bekas pesalah ke jalan yang betul, kata Menteri Ehwal Dalam Negeri, Encik K. Shanmugam.



Berucap di majlis penghargaan bagi sukarelawan kempen 'Dadah Itu Haram', beliau berkata masalah dadah mesti ditangani kerana "setiap jiwa yang terperangkap dalam dadah adalah satu kerugian".



Encik Shanmugam berkata pertubuhan dan masjid perlu menjangkau dan mendakap mereka, memimpin mereka ke jalan yang lurus.



"Ini sejajar dengan kepercayaan Islam - memberitahu mereka bahawa ia satu perbuatan salah, dan masjid bersedia bantu dan sokong anda, memberi peluang kedua.



"Ia sejajar dengan kepercayaan agama lain," kata beliau sambil menyatakan bahawa ada masjid yang sudah menyertai program memulihkan pesalah dadah.



Sekitar 170 sukarelawan merangkumi wakil pertubuhan, restoran, kedai gunting rambut, pelajar dan kumpulan 'mat motor' hadir dalam majlis di restoran Mamanda itu, semalam.



Encik Shanmugam berkata secara keseluruhan, bilangan penagih yang diberkas telah berkurang tetapi masalah masih buruk antara lain kerana di peringkat antarabangsa, banyak negara bersikap 'lembut' terhadap dadah.



Masalah dadah, ujarnya, melibatkan kaum Cina, Melayu dan India.



Namun, masalah di kalangan kaum Melayu dan India lebih berat.



Separuh daripada kaum India yang ditangkap adalah Muslim dan separuh daripada jumlah keseluruhan yang ditangkap adalah Muslim.



Menekankan bahawa masalah itu perlu ditangani, beliau berkata satu cara adalah menerusi pendidikan.



Satu lagi adalah menyelamatkan mereka yang terjatuh dengan memberi peluang kedua.



Menurutnya, pesalah dadah yang keluar daripada tahanan menghadapi dua kemungkinan.



Pertama, kembali ke kancah lama kerana ditolak keluarga dan masyarakat dan tidak ada kerja.



Kedua, diselamatkan dengan menghulurkan bantuan, membina keyakinan dan kepercayaan diri.



"Masyarakat, pertubuhan dan masjid serta pemerintah boleh membantu ke arah pemulihan dengan menyediakan sokongan sosial, mendapatkan pekerjaan dan bantu dari segi psaikologi.



"Jika mereka dapat bantuan itu, ada harapan," kata beliau.



Menyentuh mengenai peranan pertubuhan dan masyarakat, Encik Shanmugam berkata mesej daripada pihak masjid, pertubuhan dan penglibatan masyarakat di pelbagai tempat, termasuk di kedai gunting rambut, restoran dan sebagainya, meninggalkan impak.



Ini kerana golongan muda percaya pada golongan muda yang lain dan mereka yang terjebak biasanya lebih suka bantuan daripada masyarakat mereka sendiri.



"Jadi kita perlukan lebih banyak pertubuhan Melayu tampil. Banyak telah tampil, tetapi kita perlukan lebih banyak lagi," kata beliau.



Jika kita dapat cegah mereka daripada terjebak dalam masalah, ia membantu menjimatkan banyak sumber negara dan banyak membantu masayrakat dan individual berkenaan, kata beliau.



Laporan lain: Bantuan kepada penagih perlu lebih dari setakat sebar mesej




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >