MESKIPUN masyarakat Melayu/ Islam di sini terpaksa menyesuaikan diri dengan norma kehidupan baru dengan masjid ditutup dan bazar Raya dibatalkan, masyarakat faham bahawa langkah amat sukar ini wajar bagi mengekang koronavirus, kata Setiausaha Parlimen Kanan (Kesihatan) Amrin Amin.
"Dari sudut pandang individu, ini perkara yang amat penting dalam diri kita... masjid adalah tempat kita berkumpul, tempat yang kita sanjungi dan sayangi," ujar Encik Amrin yang berkata menutup masjid adalah satu keputusan berani.