Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

WAWANCARA EKSKLUSIF BERSAMA AMRIN AMIN

Masyarakat harus manfaat penuh sokongan yang disediakan

Pelbagai inisiatif tersedia bagi bantu warga jadi lebih sihat
Dec 25, 2019 | 05:30 AM



PELBAGAI inisiatif, atau daya usaha, dalam tiga bidang tumpuan - pemakanan dan diet, senaman dan merokok - telah diatur untuk membantu rakyat menjadi lebih sihat, dengan program khusus yang disasarkan kepada masyarakat Melayu turut dilaksana.



Pada masa hadapan, daya usaha sedia ada itu akan diperkukuh manakala usaha baru diperkenal dalam tiga bidang tersebut bagi membudayakan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat.



Berkongsi demikian dalam wawancara eksklusif dengan Berita Harian (BH), Setiausaha Parlimen Kanan (Kesihatan merangkap Ehwal Dalam Negeri), Encik Amrin Amin, menggalak masyarakat Melayu supaya memanfaatkan penuh daya usaha dan sokongan yang disediakan agensi pemerintah yang bekerjasama dengan masjid, pertubuhan dan kumpulan berkepentingan.



"Program dan sokongan sudah disediakan... kini masyarakat kita perlu bertanggungjawab atas kesihatan mereka sendiri dan mengambil langkah proaktif," ujar Encik Amrin.



Encik Amrin menarik perhatian, kemajuan program yang telah diadakan memberi beliau galakan kerana ia menunjukkan bahawa masyarakat Melayu semakin prihatin mengenai penjagaan kesihatan, sekali gus meyakinkan beliau bahawa masyarakat berada pada landasan yang betul.



Memberi contoh, Encik Amrin berkata pada Ramadan lalu, enam masjid yang menyertai program 'Jaga Kesihatan, Jaga Ummah (JKJU)' menyediakan hidangan buka puasa lebih sihat menggunakan bahan seperti minyak lebih sihat, kadar gula rendah dan menghidangkan nasi lebih sihat seperti nasi jagung dan nasi tomato.



Menyifatkan respons jemaah sebagai menggalakkan, Encik Amrin berkata:



"Jemaah ke masjid untuk beriftar dan ini merupakan salah satu peluang kita dapat memperkenal kepada mereka makanan yang lebih sihat.



"Daripada maklum balas yang kami terima, rata-rata ramai antara mereka menyambut baik penggunaan bahan yang lebih sihat ini."



Menyentuh usaha menggalak masyarakat melakukan kegiatan fizikal pula, Encik Amrin berkata Lembaga Penggalak Kesihatan (HPB) telah memperkenal program jalan pantas beramai-ramai, 'Gerak Gelak', pada Julai 2018.



Sehingga kini, lebih 3,000 anggota masyarakat Melayu menyertai empat sesi program tersebut.



Di samping itu, HPB juga bekerjasama dengan ejen penjualan pakej haji dan umrah (GSA) dengan memperkenal program 'Fit for Haj/Umrah'. Lebih 1,900 orang menyertai program tersebut.



"Menerusi pendekatan seperti ini, kita memberi peluang kepada jemaah umrah dan haji bukan sahaja membuat persiapan sebelum mereka berangkat ke tanah suci, malah memberi mereka wadah bagi mengamalkan gaya hidup lebih sihat," katanya.



Dalam pada itu, Encik Amrin mendedahkan bahawa Kementerian Kesihatan (MOH) telah memperuntukkan $5 juta di bawah daya usaha 'HealthySG' bagi membiayai program perintis untuk membantu perokok meninggalkan tabiat buruk itu.



Program perintis tersebut akan dikendalikan institusi penjagaan kesihatan awam setempat.



"... kami bersedia meningkatkan pendanaan jika program ini berkesan dalam membantu perokok berhenti merokok.



"Sekitaran penjagaan kesihatan telah terbukti berkesan dan boleh membantu mencapai kadar pembuangan tabiat merokok sehingga 20 peratus dalam jangka masa enam bulan," kata Encik Amrin.



Di samping program tersebut, terdapat juga program yang disasar khusus kepada perokok Melayu, katanya.



Ini termasuk 'Ramadan I Quit Programme' dan daya usaha 'Nafas Baru, Mulakan OK?' yang diperkenal di bazar Ramadan di lima tempat tahun ini.



Di samping itu, di bawah program JKJU, lebih 5,000 perokok juga didekati demi menyokong usaha mereka berhenti merokok sepanjang empat bulan dari Jun hingga Oktober tahun lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >