Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Masyarakat harus manfaatkan skim pemerintah seperti SkillsFuture

Nov 27, 2018 | 05:30 AM



MASYARAKAT Melayu perlu mengambil tahu dan memanfaatkan skim yang disediakan pemerintah, jika tidak mereka yang bakal kerugian.



Demikian luahan Menteri Negara Kanan (Ehwal Luar merangkap Pertahanan), Dr Mohamad Maliki Osman, yang berada di pasar Geylang Serai Sabtu lalu semasa pameran bergerak SkillsFuture anjuran Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) South East.



'Roadshow' tersebut bertujuan melibatkan penduduk dan membantu mereka memahami tentang SkillsFuture.



"Konsep SkillsFuture ini telah diumumkan beberapa tahun lalu tetapi tahap kesedaran masih agak berkurangan lebih-lebih lagi di kalangan anggota masyarakat Melayu/Islam kita.



"Jadi saya rasa penting untuk kita mendekati masyarakat menerusi wadah-wadah yang agak kreatif dan berlainan," kata Dr Maliki yang juga Mayor CDC South East.



Menurut beliau, berdasarkan interaksinya dengan orang ramai, ramai yang tahu sedikit sahaja mengenai SkillsFuture.



Ada yang tahu nama, ada yang tahu ia berkaitan dengan meningkatkan kemahiran diri tetapi tidak tahu bagaimana untuk memanfaatkannya.



"Ini suatu keadaan yang perlu diperbaiki kerana jika tidak, masyarakat kita akan kerugian.



"Pemerintah telah pun melakarkan dasar atau program bagi orang ramai meningkatkan diri serta menyediakan dana untuk membantu mereka, dan saya rasa baik untuk mereka memanfaatkan peluang yang sedia ada," ujar Dr Maliki.



Diadakan buat kali pertama di pasar Geylang Serai, 'roadshow' tersebut akan diadakan setiap bulan selama sekitar dua jam setiap kali.



Mengulas mengapa lokasi tersebut menjadi pilihan, Dr Maliki berkata tempat yang sinonim dengan masyarakat Melayu itu merupakan pilihan tepat kerana "Geylang Serai merupakan pusat yang menarik ramai anggota masyarakat kita... dan penting untuk kita mendekati masyarakat di mana tempat yang mereka berkumpul".



Di samping itu, bengkel SkillsFuture Advice atau Nasihat SkillsFuture turut dianjurkan pada hari yang sama untuk menasihati orang ramai tentang apa itu SkillsFuture dan bagaimana ia boleh dimanfaatkan.



Antara perkara yang dikongsi semasa bengkel tersebut termasuk perlunya seseorang itu mempunyai SingPass untuk menggunakan kredit SkillsFuture, mengetahui dan memahami portal kredit SkillsFuture, kursus yang ditawarkan serta jenis pensijilan yang diberikan.



'Roadshow' akan diadakan lagi pada 15 Disember ini.



"Kami rasa ini adalah masa yang baik untuk kami mengenalkan SkillsFuture kepada mereka, terutama yang berusia dalam lingkungan 40-an tahun.



"Ini kerana kami ingin memastikan bahawa mereka tahu apa itu SkillsFuture dan mereka boleh memanfaatkan skim-skim yang sedia ada," kata Dr Maliki.



"Saya harap lebih ramai di kalangan masyarakat yang memahami bahawa pembelajaran sepanjang hayat adalah nilai yang harus diterapkan dalam jiwa kita bukan sahaja untuk mereka yang berusia lanjut atau pekerja matang bahkan juga anak-anak muda kita," tambah beliau.




"Konsep SkillsFuture ini telah diumumkan beberapa tahun lalu tetapi tahap kesedaran masih agak berkurangan lebih-lebih lagi di kalangan anggota masyarakat Melayu/Islam kita. Jadi saya rasa penting untuk kita mendekati masyarakat menerusi wadah-wadah yang agak kreatif dan berlainan."
- Menteri Negara Kanan (Ehwal Luar merangkap Pertahanan), Dr Mohamad Maliki Osman, yang juga Mayor CDC South East.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >