Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masyarakat Inovasi Perkongsian Keusahawanan dilancar di Politeknik Republic

Aug 26, 2021 | 05:30 AM



LEBIH banyak peluang keusahawanan akan disediakan bagi pelajar dan alumni Politeknik Republic (RP) selepas politeknik tersebut melancarkan eko-sistem keusahawanan dan ruang kerjasama di kampus semalam.



Dikenali sebagai Masyarakat Inovasi Perkongsian Keusahawanan (Epic), ia bertujuan mengumpulkan para usahawan yang bercita-cita, syarikat pemula atau 'start-up' dan pihak berkepentingan dari sektor swasta dan awam.



Menerusi kemudahan ini, ia juga diharap dapat menggalak kerjasama serta rangkaian bagi memupuk eko-sistem keusahawanan yang cergas.



Hadir melancarkan ruang tersebut adalah Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing, dan Menteri Kedua Pendidikan, Dr Mohd Maliki Osman.



Dalam ucapan beliau, Encik Chan berkata daya usaha ini dapat membantu memupuk semangat keusahawanan, inovasi dan kolaborasi dalam kalangan pelajar dan alumninya.



Beliau menjelaskan bahawa pelajar boleh melihat kolaborasi itu dari tiga lapisan - iaitu kolaborasi antara pelajar dari pelbagai disiplin, kolaborasi antara pelajar dan masyarakat, yang turut merangkumi para alumni selain semangat kolaborasi untuk membantu dunia yang lebih luas.



"Saya sangat gembira melihat bahawa para pelajar di RP sudah memulakan dengan pemikiran tidak hanya berkhidmat untuk pasaran domestik dan masyarakat tempatan, dan ini sangat penting bagi semua pemula," kata beliau.



"Walaupun kita membangun pangkalan dari Singapura, kita harus selalu berfikir global dengan melihat dunia sebagai pasaran yang berpotensi buat kita, dan meneroka bagaimana kita dapat terus meningkat.



"Namun, sama ada kolaborasi di peringkat pelajar, kolaborasi dengan masyarakat, atau kolaborasi di luar Singapura, semangat perkongsian inilah yang akan membawa usaha keusahawanan sehingga ia membuahkan hasil."



Semasa lawatan itu, Encik Chan dan Dr Maliki berkesempatan melihat kemudahan itu dan bertemu dengan empat pasukan pemula yang mengusahakan perniagaan mereka melalui RP.



Ruang Epic ini terbahagi kepada tiga zon yang mempunyai fungsi tersendiri yang turut mencerminkan tahap berbeza dalam perjalanan keusahawanan.



Tiga zon tersebut adalah 'Ideate@epic', 'Co-work@epic' dan 'Makerspace@epic'.



Pengetua dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) RP, Encik Yeo Li Pheow, berkata kemudahan baru itu melengkapi usaha Singapura untuk menjadi ekonomi yang didorong oleh inovasi.



"Pendekatan pelbagai pihak kami terhadap keusahawanan akan meningkatkan keupayaan RP untuk memupuk syarikat baru dan memberi inspirasi kepada generasi usahawan baru yang lebih inovatif.



"Salah satu teras strategi lima tahun RP adalah memberi tumpuan kepada teknologi, inovasi, dan perusahaan.



"Pelancaran Epic menggariskan komitmen kami untuk memperluaskan peluang keusahawanan untuk para pelajar, alumni dan rakan kongsi kami," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >