Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masyarakat Islam digesa elak penting diri sendiri: Khutbah Aidiladha

Jul 11, 2022 | 05:30 AM



MASYARAKAT Islam diseru agar mengelakkan sikap mementingkan diri sendiri dan mudah berburuk sangka, sebaliknya lebih empati terhadap kesusahan yang dialami orang lain.



Ini lebih-lebih lagi dalam keadaan kita melalui fasa sukar, melalui pandemik dan kenaikan harga barangan ekoran krisis peperangan dan perubahan iklim.



Ini dikatakan oleh Timbalan Mufti, Ustaz Dr Mohammad Hannan Hassan, dalam khutbah Aidiladha yang disampaikan semalam.



Justeru, beliau menggalakkan orang ramai untuk memupuk semangat dan melakukan usaha yang mendatangkan manfaat dan bagi mereka yang mempunyai kelebihan untuk menghulurkan bantuan yang sesuai untuk mereka yang memerlukannya dan meneruskan segala usaha yang baik.



"Marilah kita jauhkan daripada sikap mementingkan diri sendiri sahaja sehingga tidak mempedulikan kebajikan orang lain. Korbankan sikap ego dan mementingkan diri sendiri itu kerana ia tidak membawa kepada sebarang kebaikan. Jauhi juga sikap buruk sangka dan meremehkan usaha-usaha yang dilakukan oleh orang lain walau sekecil mana pun," ujar Ustaz Dr Hannan.



Dalam pada itu, Timbalan Mufti ketika menyampaikan khutbah di sesi pertama solat Hari Raya di Masjid Yusof Ishak itu, turut menyeru agar mereka yang berkemampuan dapat menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan.



"Selain melakukan ibadah korban dan mengagihkan daging-daging korban tersebut, boleh juga kita lakukan amalan sedekah walau sekecil mana sekali pun," tambah beliau.



Dalam sama-sama mengharungi cabaran hari ini, beliau menggalakkan masyarakat agar memupuk semangat untuk berkorban secara individu mahupun kolektif.



Ujian, kata beliau, membuka peluang bagi seseorang untuk menghulurkan pelbagai bantuan yang diperlukan oleh mereka yang menghadapi kesukaran.



Setiap ujian yang dihadapi dengan kesabaran dan ketabahan akan pasti membawa kejayaan, kata Dr Mohammad Hannan.



"Kita telah melalui fasa pandemik yang begitu mencabar, namun, kita masih perlu terus berwaspada, kerana wabak Covid-19 masih lagi menular dan di beberapa hari ini, bilangan kes Covid-19 meningkat lagi melepasi 12,000 kes sehari.



"Ditambah lagi dengan kes wabak denggi yang juga meningkat, dan kes tempatan cacar monyet dan ini diburukkan lagi dengan krisis peperangan di sebahagian rantau dunia, sehingga mengakibatkan kenaikan harga pasaran dan inflasi."



Beliau akur bahawa sebahagian daripada individu akan terkesan dengan hal-hal sedemikian dan harus berhadapan dengan kesukaran bagi mereka mengatasi ujian yang mereka hadapi dan ada pula yang mungkin berasa putus asa dan berasa kemurungan.



"Ujian itu bukanlah untuk melemahkan atau membinasakan manusia, tetapi ia memberi peringatan dan pengajaran yang sangat berharga buat semua. Ia juga membuka peluang bagi mereka yang ingin berkorban untuk menghulurkan pelbagai bentuk bantuan kepada mereka yang terkesan itu," kata Ustaz Dr Hannan.



Beliau turut menekankan bahawa sebagai satu masyarakat, kita telah mengukuhkan nilai-nilai ini bila teruji dan ujian pandemik lebih dua tahun ini.



"Kita tidak mahu mengabaikan pengalaman dan pengajaran dari ujian pandemik dan kita ingin terus mengukuhkan nilai-nilai yang telah kita pelajari," ujar beliau.




"Marilah kita jauhkan daripada sikap mementingkan diri sendiri sahaja sehingga tidak mempedulikan kebajikan orang lain. Korbankan sikap ego dan mementingkan diri sendiri itu kerana ia tidak membawa kepada sebarang kebaikan. Jauhi juga sikap buruk sangka dan meremehkan usaha-usaha yang dilakukan oleh orang lain walau sekecil mana pun."



- Timbalan Mufti, Ustaz Dr Mohammad Hannan Hassan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >