Subuh
5:58
Syuruk
7:17
Zuhur
1:20
Asar
4:40
Maghrib
7:22
Isyak
8:33

Masyarakat Islam Singapura sumbang lebih $221,000 untuk mangsa konflik Syria

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Masyarakat Islam Singapura sumbang lebih $221,000 untuk mangsa konflik Syria

May 09, 2014 | 04:44 PM

SEJUMLAH $221,362.94 dikumpulkan masyarakat Islam Singapura menerusi satu usaha derma kilat anjuran Yayasan Rahmatan Lil Alamin (Rlaf) bulan lalu bagi membantu para pelarian mangsa konflik di Syria.

Dana yang dikumpulkan sepanjang seminggu antara 4 hingga 10 April lalu di kesemua 69 masjid serata negara itu akan digunakan khusus bagi membiayai pek pendidikan dan permainan kanak-kanak dan pek-pek makanan bagi keluarga susah yang melarikan diri ke Turkey.

Jumlah itu didedahkan di majlis ringkas penyerahan cek dari Rlaf kepada kumpulan Bantuan bagi Pelarian Syria di Turkey (Asrit).

Asrit terdiri daripada Rangkaian Ekspatriat Muslim AMP (MEX) dan laman pengajian Islam SimplyIslam.

Majlis itu diadakan sebelum solat Jumaat di Masjid Muhajirin sebentar tadi.

Mereka yang mahu menyumbang boleh menghantar cek ke Rlaf dengan menulis "In Aid of Syrian Refugees" di belakang cek atau menerusi laman https://www.muis.gov.sg/epayment/Donations.aspx.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3