Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

'Masyarakat kian matang guna media sosial'

Sep 23, 2018 | 05:30 AM



LEBIH kurang sedekad setelah penggunaan media sosial mula berleluasa, masyarakat kian menunjukkan kematangan dalam menggunakan wadah tersebut.



Demikian amatan Mufti Dr Mohamed Fatris Bakaram, yang mengongsi pengalaman beliau mendekati masyarakat menerusi pelbagai wadah media sosial seperti Facebook dan Instagram.



"Sudah banyak perubahan yang berlaku dalam posting masyarakat kita. Saya tidak kata sudah 100 peratus ideal dalam sekitaran utopia. Masih ada yang luahkan kemarahan dan sebagainya.



"Pada peringkat awal, mungkin kita terlalu ghairah, tidak terlalu biasa bagaimana mengendalikan media sosial tetapi sekarang lebih banyak kematangan, lebih banyak seruan mengajak kepada kewarasan dalam pertimbangan," ujar Mufti.



Memberi contoh, Mufti berkata lebih ramai yang semakin sedar tentang fenomena berita palsu, dan akan memberi suara keseimbangan apabila tersebar berita sedemikian di media sosial.



"Pada pendapat saya, media sosial seperti apa pun alat yang kita miliki dalam kehidupan, sama ada alat untuk berkomunikasi bagi mencari nafkah, atau membangunkan ilmu, apa pun perlu bagi kita mengendalikan dengan kesederhanaan dan kematangan.



"Sesuatu alat yang paling bermanfaat sekalipun boleh berubah menjadi sebaliknya, kalau tidak dikendalikan dengan kebijaksanaan," ujarnya.



Itulah yang menjadi pendirian Mufti sejak beliau mula berjinakjinak dengan media sosial seperti Facebook dan sebelum itu kumpulan e-mel dan sebagainya. Beliau diikuti lebih 25,000 pengguna Facebook dan lebih 5,000 pengguna Instagram.



"Saya jadikan pegangan saya penting agar kita berhati-hati dan bersederhana, dan tidak membiarkan diri kita terbawa-bawa dengan keghairahan apabila kita memiliki sesuatu yang baru dan boleh digunakan," ujarnya.



Kata Mufti lagi, sudah tentunya sukar dikawal apa yang berlaku dalam media sosial, tetapi sekurang-kurangnya perlu ada mekanisme kawalan dalaman yang beliau lihat semakin wujud dalam kalangan pengguna media sosial sendiri.



Sementara itu, Mufti juga gembira melihat ramai asatizah generasi muda wujud dalam ruang sosial media, yang memberikan nasihat dan menggalakkan masyarakat melihat agama sebagai relevan dengan kehidupan.



"Saya kalau baca kebanyakan daripada posting teman asatizah - saya dapat gambarkan - apabila membaca perkataan itu dengan wajah yang manis, walaupun memperkatakan isu yang sangat berat.



"Asatizah kita bukan asatizah yang menulis dengan penuh kemarahan," ujar Mufti.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >