Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masyarakat lebih matang hadapi krisis Covid-19: Maliki

Feb 16, 2021 | 05:30 AM



MASYARAKAT Melayu/Islam kini lebih matang dalam menghadapi kesan pandemik Covid-19 terhadap kehidupan harian.



Ini terutama dengan bimbingan yang diberikan asatizah setempat dalam isu keagamaan yang berkait langsung dengan kehidupan masyarakat.



Asatizah hari ini menghadapi isu agama yang tidak pernah dihadapi sebelum ini dan agak sukar untuk difahami.



Justeru mereka perlu pertingkat keupayaan untuk terus membimbing masyarakat di masa depan.



Demikian ditekankan Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman, dalam dialog bersama 15 asatizah anjuran Berita Harian semalam.



"Apa yang jelas sekarang adalah masyarakat kita semakin matang hadapi cabaran dan ini berkait langsung dengan sumbangan asatizah dalam memimpin masyarakat.



"Golongan asatizah tampil tunjuk kepimpinan yang sebelum ini tak pernah dilihat, mereka juga diketemukan dengan soalan yang sukar diterangkan," katanya.



Contohnya, beliau menyentuh bagaimana konsep merapatkan saf dalam solat kini perlu diterangkan berdasarkan konteks jarak selamat yang diwajibkan atas dasar keselamatan semasa pandemik.



Untuk itu, lebih banyak usaha dilakukan pemerintah untuk memastikan asatizah dilengkapi dengan kemahiran yang dapat membantu mereka menghadapi masa depan lebih rumit dengan soalan-soalan agama semakin mencabar.



Antaranya termasuk pembentukan Jawatankuasa Asatizah Masa Depan (Cofa) pimpinan Dr Maliki untuk memastikan pembangunan asatizah terus sejajar dengan keperluan konteks dan masyarakat, kata Dr Maliki.



Jawatankuasa itu telah dibentuk untuk melakar visi masa depan asatizah antaranya dengan memperkenalkan rangka kerja menentukan kemahiran yang diperlukan dalam setiap peranan asatizah.



Dr Maliki juga menggalak asatizah menjadi jambatan antara masyarakat Melayu/Islam dengan pemimpin agama lain.



"Saya ingin galakkan asatizah, terutama asatizah golongan muda untuk kuatkan jambatan antara mereka dengan pemimpin agama lain supaya mereka memahami konteks masyarakat Singapura dan pastikan pengaruh luaran tidak memasuki negara kita dan kita dapat pastikan kemakmuran masyarakat," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >