Masyarakat maju seiring, iktiraf 'bintang' dalam pelbagai bidang

Masyarakat Melayu/Islam mempunyai 'bintang' atau individu berjaya yang boleh menjadi contoh kepada warga Singapura lain, kata Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang K. Shanmugam baru-baru ini. Dalam ucapan beliau di acara Angkatan Karyawan Islam (AMP) pada 1 April lalu, beliau menyebut beberapa bintang dengan cahaya menyerlah yang berpotensi melangkah lebih jauh serta mampu membantu meningkatkan masyarakat ke tahap lebih tinggi. Berita Harian meninjau peranan 'bintang' itu dalam masyarakat, serta mengetengahkan individu yang disebut Encik Shanmugam itu. Ikuti laporan NUR ADILAH MAHBOB (adilaham@sph.com.sg) dan NURHUMAIRA SAJAT (nhumaira@sph.com.sg).

TERBITNYA 'bintang' atau individu berjaya dalam masyarakat Melayu/Islam boleh menjadi penyuluh dan sumber inspirasi kepada yang lain.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan