Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masyarakat Melayu semakin maju dalam pendidikan

Aug 18, 2019 | 06:58 PM



KEMAJUAN orang Melayu semakin ketara hasil penekanan terhadap pendidikan.



Memberi contoh, Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata jumlah penerima Anugerah Mendaki yang lulus dengan ijazah kepujian kelas pertama naik 10 kali ganda pada tahun lalu berbanding pada 2007, dari 7 orang pada 2007 kepada 70 orang pada 2018.



Pendidikan merupakan antara fokus utama dalam ucapan Bahasa Melayu PM Lee semasa Rapat Hari Kebangsaan (NDR).

 

Beliau memberi contoh seorang anak Melayu, Encik Muhammad Dhafer Muhammad Faishal, yang dianugerahkan Biasiswa Presiden baru-baru ini.



Encik  Dhafer bukan sahaja cemerlang dari segi akademik, tetapi juga berjiwa masyarakat, dan kerap melakukan kerja sukarela di Rumah Kanak-Kanak Pertapis.

 

Seorang lagi, Encik Mohammad Abdillah, pernah gagal Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) dua kali, kemudian meneruskan pelajarannya di Sekolah Northlight, Institut Pendidikan Teknikal (ITE) dan kini lulus dengan diploma dalam bidang motion graphics dari Politeknik Nanyang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >