Subuh
5:41
Syuruk
7:04
Zuhur
1:11
Asar
4:36
Maghrib
7:16
Isyak
8:31

Masyarakat Melayu/Islam sentiasa utama suasana harmoni, aman: Masagos

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

LAPORAN KHAS: MEMPERKUKUH HUBUNGAN ANTARA KAUM

Masyarakat Melayu/Islam sentiasa utama suasana harmoni, aman: Masagos

M3
Dec 12, 2021 | 05:30 AM

APABILA berdepan dengan situasi yang boleh memecahbelahkan hubungan antara kaum, masyarakat Melayu/Islam Singapura akan memberikan respons jelas untuk mempertahankan keamanan dan keharmonian.

Ini kerana atas dasar agama, mereka digalakkan mengutamakan keharmonian dan keamanan dalam membuat keputusan, terutama dalam masyarakat berbilang bangsa seperti Singapura dengan minoriti Muslim, kata Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.

Menjawab pertanyaan mengenai respons masyarakat Melayu/Islam terhadap insiden berkaitan diskriminasi antara kaum di Singapura, beliau, yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, berkata masyarakat Singapura bertuah dapat menikmati keamanan dan keharmonian antara kaum dan agama selama ini.

"Saya rasa tidak ada sesiapa yang ingin mengambil risiko melakukan sesuatu yang boleh mencetuskan keganasan atau pandangan esktrem, dan masyarakat Melayu/Islam juga sama.

"Apabila kita mendengar kata-kata hasutan yang boleh mencetus rasa tidak puas hati antara kaum, respons kita adalah berasaskan tujuan mempertahankan keamanan dan keharmonian antara kaum," katanya.

"Ini sebab mengapa Muis menganjurkan Seminar Prapersidangan Antarabangsa Masyarakat Berjaya (ICCOS) untuk memastikan masyarakat berpegang pada keperluan mengutamakan keamanan dan keharmonian dalam membuat keputusan agama, terutama sekali dalam masyarakat berbilang agama seperti Singapura dengan minoriti Muslim," katanya.

Selaras dengan itu, Encik Masagos berkata masyarakat Islam Singapura berharap dapat menubuhkan khazanah ilmu yang boleh dimanfaatkan minoriti Muslim negara lain dalam mengimbangi kehidupan beragama dalam sekitaran sekular, progresif, moden dan pesat berubah seperti Singapura.

"Meskipun kita berbeza, kita tidak menuntut hak sewenang-wenangnya kerana kita mempertimbangkan keperluan negara serta sensitiviti masyarakat lain," katanya merujuk kepada kerelaan setiap masyarakat berkorban demi menyumbang kepada ruang bersama yang menyatukan masyarakat.

Namun, memandang ke hadapan, terdapat banyak perubahan serta kejadian di seluruh dunia yang mungkin mempengaruhi warga Singapura dan membuat mereka membandingkan situasi di sini dengan negara lain, katanya.

Beliau menekankan pentingnya berusaha mencari huraian bagi mengatasi gangguan terhadap keharmonian di sini, termasuk menghapuskan idea-idea yang boleh mencetuskan permusuhan antara satu sama lain.

Menyentuh isu tersebut, Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, menekankan pentingnya mewujudkan ruang untuk anggota masyarakat berbeza untuk berinteraksi dan meningkatkan kefahaman tentang kehidupan, budaya dan kepercayaan berbeza.

Menarik perhatian, beliau berkata pemerintah sedang menimbang menerapkan rangka tidak berunsur hukuman untuk memberi tumpuan kepada aspek pemulihan dan pembelajaran dan bukan sekadar aspek menghukum dalam satu undang-undang baru yang akan diperkenal untuk mengekalkan keharmonian antara masyarakat berbilang kaum di sini.

Akta Mengekalkan Keharmonian Kaum baru yang masih dalam perancangan bakal menyatukan semua undang-undang berbeza berhubung isu kaum.

Memberikan perspektif daripada golongan belia mengenai isu berkaitan kaum dan agama, Setiausaha Parlimen (Kementerian Kesihatan), Cik Rahayu Mahzam, berkata golongan itu memahami dan amat prihatin mengenai isu-isu yang timbul dan sedar akan keperluan masyarakat untuk berubah dan berkembang.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3