Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masyarakat Melayu/Islam tabah buat penyesuaian majlis kahwin: Faishal

May 26, 2021 | 05:30 AM



MASYARAKAT Melayu/Islam di sini telah menunjukkan kesabaran dan ketabahan dalam usaha menangani Covid-19, kata Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.



Beliau gembira kerana ramai pasangan, yang perkahwinan mereka terjejas dengan pelaksanaan langkah pengurusan selamat terbaru, dapat menyesuaikan rancangan dan menjalankan majlis pernikahan mereka dengan selamat.



"Ini merupakan masa yang sukar bagi pasangan mempelai.



"Ramai yang telah berkongsi dengan saya bahawa merancang majlis pernikahan di tengah-tengah krisis Covid-19 boleh mendatangkan tekanan, dengan ketidakpastian bagaimana keadaan setempat akan berkembang.



"Saya berempati dengan mereka. Memang, virus ini telah menimbulkan banyak kesulitan, kegelisahan dan tekanan kepada masyarakat kita dan masyarakat besar secara amnya," kata Dr Faishal dalam catatannya di Facebook semalam.



Dek langkah lebih ketat yang dikuat kuasa di bawah Fasa Dua dipertingkat, antara lain semua majlis jamuan perkahwinan tidak dibenarkan dari semalam hingga 13 Jun.



Majlis pernikahan, bagaimanapun dibenarkan menerima hingga 50 tetamu tanpa menjalani ujian praacara (PET) Covid-19, dan hingga 100 tetamu dengan menjalani ujian itu.



Menurut Dr Faishal lagi, terdapat pasangan yang terpaksa membatalkan rancangan mereka disebabkan langkah lebih ketat ini.



Namun bagi mereka yang masih meneruskan majlis pernikahan mereka, Dr Faishal berkata beliau kagum dengan penyesuaian yang dilakukan, meskipun dibuat dalam masa yang terhad.



Penyesuaian tersebut disaksikannya sendiri apabila menghadiri majlis pernikahan pasangan Encik Md Syafiq Azman dan Raja Siti Nurhudah Raja Zulkifli baru-baru ini.



"Semasa saya menghadiri majlis pernikahan Syafiq dan Hudah, saya diingatkan akan kemampuan masyarakat kita untuk menerima cabaran serta ketangkasan mereka untuk menyesuaikan diri dengan norma baru.



"Meskipun langkah-langkah yang ketat itu mengganggu rancangan mereka, pasangan itu memahami akan perlunya tindakan yang tegas ini.



"Dan walaupun hanya mempunyai ruang masa yang agak pendek, pasangan itu dan keluarga mereka mengatur rancangan mereka dan menjalankan majlis dengan selamat, dengan mematuhi langkah-langkah terkini," tambah Dr Faishal.



Di samping itu, Dr Faishal turut melahirkan rasa besar hati dengan kadi dan naib kadi setempat, yang juga pantas membuat penyesuaian agar dapat meneruskan majlis pernikahan dengan selamat.



"Mereka secara proaktif menghubungi pasangan untuk memberikan sokongan dan nasihat," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >