Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masyarakat pamer semangat kuat harungi Covid-19: Laporan

Nov 27, 2020 | 05:30 AM



PANDEMIK Covid-19 telah menjejas begitu banyak aspek kehidupan, namun ia juga telah berjaya menarik keluar semangat kemasyarakatan yang kuat di kalangan rakyat Singapura, menurut satu laporan terbitan Kementerian Kewangan (MOF) yang dikeluarkan semalam.



Menurut laporan Semakan Hasil Sektor Awam Singapura (Spor) itu, ramai warga Singapura tampil berganding bahu dengan agensi awam dan menyokong kempen nasional dalam usaha memerangi Covid-19.



Banyak pertubuhan dan perusahaan juga tampil bekerjasama dengan pemerintah dan mendukung usaha nasional semasa pandemik ini.



Ketua Perkhidmatan Awam, Encik Leo Yip, berkata kerjasama antara pemerintah dengan rakyat ini menjadi sinar harapan di tengah-tengah kesuraman ini.



"Ini menekankan semangat padu warga Singapura menunjukkan rasa prihatin dan ambil berat tentang satu sama lain serta bagaimana usaha kerjasama telah membolehkan kita berbakti kepada golongan yang memerlukan dan mengatasi krisis ini bersama," ujarnya.



Menarik perhatian respons Singapura kepada pandemik Covid-19, laporan Spor itu mendedahkan bahawa lebih 28,000 relawan akar umbi, perkhidmatan awam dan masyarakat telah tampil membantu mengagihkan pelitup kepada warga manakala lebih 1,500 pemimpin dan relawan akar umbi pula memainkan peranan sebagai Duta Jarak Selamat.



Individu juga mengambil tanggungjawab mematuhi langkah kesihatan awam nasional, dengan program jejak kontak nasional TraceTogether kini digunakan lebih separuh penduduk. Terdapat lebih 2.9 juta pengguna aplikasi dan token TraceTogether hingga kini.



Meskipun ramai yang terjejas dari segi kewangan akibat koronavirus ini, sebanyak $90 juta telah diderma kepada Dana Masyarakat (ComChest), Dana Sayang Sayang oleh Yayasan Masyarakat Singapura serta menerusi aplikasi SG Cares dan wadah derma Giving.sg dari Januari hingga Mei.



Jumlah ini hampir sama dengan jumlah derma yang diterima ComChest dan Giving.sg sepanjang tahun lalu.



Laporan itu turut mendapati bahawa perumahan dan penjagaan kesihatan di Singapura terus dimampui.



Meskipun usaha dijalankan untuk menggalak keluarga menimang cahaya mata - seperti menambah jumlah tempat di prasekolah sebanyak 30 peratus sejak 2016 dan memastikannya lebih dimampui dengan subsidi lebih tinggi - kadar kesuburan keseluruhan (TFR) penduduk Singapura terus merosot daripada 1.24 pada 2015 kepada 1.14 tahun lalu.



Sementara itu, warga Singapura juga boleh menjangkakan hidup lebih lama, dengan jangka hayat bagi golongan lelaki 81.4 tahun dan 85.7 tahun bagi wanita tahun lalu.



Menurutnya, Singapura juga kekal sebagai antara ekonomi paling berdaya saing di dunia dan merupakan lokasi menarik bagi perusahaan berkembang dan melabur.



Dalam Indeks Mudahnya Menjalankan Perniagaan Bank Dunia, Singapura menduduki tiga tangga teratas secara konsisten.



Orang ramai boleh membaca laporan penuh di go.gov.sg/SPOR.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >