Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

berita

Masyarakat perlu tentang gerakan yang galak guna dadah: Josephine

May 26, 2023 | 04:01 PM



MASYARAKAT antidadah, termasuk pemerintah dan masyarakat sivil, perlu bangkit menentang gerakan menggalak penggunaan dadah dan penyebaran maklumat salah tentang dadah yang semakin berleluasa.

Ini antara lain boleh dilakukan dengan meningkatkan usaha melindungi belia, mengukuhkan kesedaran mereka dan membina daya tahan mereka terhadap dadah.

Demikian dinyatakan Menteri Perhubungan dan Penerangan merangkap Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri, Cik Josephine Teo, dalam ucapannya di Forum Menentang Dadah Asia Pasifik (Apfad) pada Jumaat.

“Kita perlu bekerjasama untuk memerangi penyebaran maklumat salah tentang penggunaan dadah dan meningkatkan suara kolektif untuk tujuan antidadah,” kata Cik Teo di forum yang diadakan buat kali keempat itu.

Forum tersebut dilancarkan pada 2015 oleh Majlis Mencegah Penyalahgunaan Dadah Kebangsaan (NCADA) Singapura dan bertujuan menjadi wadah perhimpunan bagi pertubuhan bukan pemerintah (NGO) dan agensi pemerintah di Asia Pasifik berusaha ke arah dunia bebas dadah.

Ini adalah Apfad pertama sejak Singapura dipilih menyertai Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Dadah Narkotik (CND) bagi penggal 2024 hingga 2027.

Cik Teo berkata masalah dadah adalah sesuatu yang rumit dan perlu diatasi dengan pendekatan pelbagai aspek.

Salah satu daripadanya adalah melalui pendidikan pencegahan dadah untuk membantu orang awam menapis maklumat salah dan menyedari kemudaratan penyalahgunaan dadah.

Undang-undang dan penguatkuasaan tegas terhadap pengedar dadah yang meraih keuntungan daripada kemudaratan yang mereka lakukan kepada masyarakat, serta program berasaskan bukti untuk memulihkan penyalahguna dadah dan menyepadukan semula mereka ke dalam masyarakat turut penting, katanya.

Cik Teo menekankan bahawa pemerintah tidak dapat melakukan usaha itu sendiri dan perlu bekerjasama dengan NGO untuk mencapai dan merealisasikan visi masyarakat bebas dadah.

“Kerjasama sedemikian antara NGO dan pemerintah menjadi lebih penting dalam menghadapi keadaan dadah global yang semakin teruk,” tambahnya.

Beliau menukil Laporan Dadah Dunia 2022 yang menyatakan bilangan kematian berkaitan penyalahgunaan dadah serata dunia naik 17.5 peratus antara 2009 dengan 2019.

Pengeluaran dadah haram dan penggunaan dadah di kalangan orang muda pula telah mencapai tahap tertinggi.

Keadaan dadah yang semakin teruk itu telah memburukkan lagi masalah kesihatan awam serius yang disebabkan oleh penyalahgunaan dadah, seperti kematian akibat mengambil dadah secara berlebihan dan peningkatan dalam jenayah dan keganasan berkaitan dadah, kata Cik Teo.

Beliau menambah, walaupun terdapat banyak bukti tentang bahaya dadah, maklumat salah tentang ancaman dadah didapati semakin meningkat.

Ini termasuk pihak-pihak yang mengatakan bahawa ganja bukan dadah berbahaya dan memuji negara yang telah membenarkan penggunaannya untuk tujuan rekreasi dan penyokong penggunaan ganja yang berhujah bahawa membenarkan penggunaan ganja tidak akan secara langsung menyebabkan lebih banyak penyalahgunaan dadah.

“Sebagai sebuah kumpulan yang berusaha untuk mewujudkan masyarakat bebas dadah untuk rakyat kita, kita mesti membuat suara kita didengari di atas maklumat salah. Kita mesti menegur salah anggapan yang dipromosikan oleh pelobi dan penyokong penggunaan dadah dan tidak lagi menyifatkan penggunaan dadah sebagai satu jenayah,” kata Cik Teo.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >