Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masyarakat perlu teroka sektor pertumbuhan baru

Jan 08, 2021 | 05:30 AM



MASYARAKAT harus menggalak satu sama lain keluar daripada zon selesa masing-masing untuk merebut peluang baru dan menyertai sektor pertumbuhan seperti kewangan, IT dan khidmat penerangan.



Perkara ini dibincangkan dalam satu sesi perbincangan menerusi wadah Zoom semalam yang turut disertai Menteri di Pejabat Perdana Menteri Dr Mohamad Maliki Osman dan Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia) Zaqy Mohamad.



"Sedang kita pulih daripada Covid-19 adalah wajar juga untuk kita bersatu sebagai sebuah masyarakat untuk merenung apa yang telah kita pelajari daripada pengalaman ini dan menentukan hala tuju bagi Singapura dan masyarakat Melayu/Islam di sini," kata Encik Zaqy.



Sekitar 60 individu daripada pelbagai latar belakang dan usia membincangkan bagaimana masyarakat boleh kekal berdaya saing, meskipun pekerja Melayu/Islam turut terjejas dek kesan pandemik Covid-19 pada ekonomi dan pekerjaan.



Sesi Singapore Together Emerging Stronger Conversations X Ciptasama@M3, yang diadakan dalam bahasa Inggeris dan Melayu, bertujuan menyediakan wadah bagi masyarakat merenung pengalaman mereka mengharungi Covid-19 serta isu yang mereka hadapi.



Ini merupakan kali pertama Perbincangan untuk Bangkit Lebih Kukuh Singapura Bersatu atau Singapore Together Emerging Stronger Conversations mengadakan sesi perbincangan bagi masyarakat Melayu/Islam menerusi wadah Ciptasama@M3.



Sesi kedua dijadual pada 12 Januari dan akan disertai empat pemegang jawatan politik Melayu/Islam, termasuk Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara) Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim dan Setiausaha Parlimen (Kesihatan) Rahayu Mahzam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >