Subuh
5:58
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:32
Maghrib
7:21
Isyak
8:30
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masyarakat Sindhi warga contoh, sumbang kepada SG: PM Lee

Mar 15, 2022 | 05:30 AM



KEPELBAGAIAN Singapura tidak statik dan negara ini terus mengalu-alukan kedatangan pendatang dari serata dunia, sedang ia mengekalkan keseimbangan kaumnya yang luas stabil, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong kelmarin.



Namun, penting bagi pendatang baru sebegitu berusaha menyepadukan diri dalam masyarakat tempatan, walaupun mereka mengekalkan identiti dan budaya mereka yang tersendiri, tambah Encik Lee.



"Setiap kumpulan menambah pada warna--warni sosial kita yang kaya serta melanjutkan hubungan kita dengan masyarakat yang tinggal di banyak bahagian dunia ini," kata beliau.



"Dengan memupuk identiti Singapura yang dikongsi dan rasa kekitaan, kita akan kekal sebagai sebuah masyarakat padu dan bersatu," ujarnya.



Menyampaikan ucapan pada majlis sambutan ulang tahun ke-100 Persatuan Sindhi Singapura (SSA) di Hotel Shangri-La, Encik Lee menambah bahawa itulah yang dicapai masyarakat Sindhi tempatan.



Persatuan itu khususnya telah membantu memupuk perpaduan antara masyarakat dan kumpulan kaum lain serta menyumbang kepada masyarakat lebih luas, ujar Encik Lee.



Sebagai contoh, anggotanya turut menawarkan khidmat sukarela di rumah penjagaan dan rawatan, menganjurkan sesi derma darah serta membangunkan klinik guaman pro bono (percuma) buat warga Singapura memerlukan.



Masyarakat Sindhi datang dari Sindh, yang terletak di negara yang kini dikenali sebagai Pakistan. Penghijrahan berlaku pada skala besar selepas 1947, apabila British memisahkan sebahagian Asia Selatan kepada India dan Pakistan dan keganasan perkauman berlaku ekoran peristiwa itu.



Di Singapura, pedagang Sindhi mula tiba pada awal tempoh penjajahan, dengan SSA ditubuhkan pada 1921 sebagai sebuah kumpulan pedagang. Ia pertubuhan Sindhi paling tua di luar India. Kini terdapat sekitar 7,000 orang Sindhi di sini.



"Kami bertaburan di serata dunia tetapi kami membuat kehadiran kami dirasakan. Kami kecil - hanya 0.001 peratus daripada penduduk... tetapi saya rasa kami melakukan lebih daripada peratusan kami yang kecil ini," kata presiden SSA, Encik Vashdev Khialani.



Encik Lee berkata masyarakat Sindhi di Singapura menjadi warga contoh.



"Usaha anda telah meluaskan ruang bersama, membina jambatan dan membawa warga Singapura lebih rapat," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >