Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masyarakat S’pura lebih berpandu tangani isu Israel-Hamas: Shanmugam

Nov 08, 2023 | 08:09 PM



Konflik Israel-Hamas telah menyebabkan ketegangan di kalangan pemimpin agama di luar negara tetapi keadaan di Singapura berbeza, kata Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam.

Ketika berucap pada Rabu di satu tayangan dokumentari anjuran Pertubuhan Antara Agama (IRO) di One Raffles Quay, Encik Shanmugam berkata, ini disebabkan bimbingan diberikan pemimpin agama Singapura, memetik bimbingan Mufti Dr Nazirudin Mohd Nasir dan Ketua Rabbi Mordechai Abergel.

Beliau berkata apabila masyarakat Islam dan Yahudi bertentangan antara satu sama lain, terdapat “lebih 1,000 sikap anti Semitik dilaporkan sejak 7 Oktober” di Perancis, dan terdapat laporan mengenai “peningkatan 10 kali ganda dalam sentimen anti Muslim sejak permulaan konflik itu” di Australia.

“Di Singapura, keadaan setakat ini agak berbeza. Salah satu sebabnya ialah pemimpin agama kita telah memberi tunjuk ajar.

“Sebagai contoh, Mufti memberi bimbingan tentang cara berdoa untuk mereka yang menderita, menyumbang kepada usaha kemanusiaan, serta menekankan kepentingan menyemak maklumat untuk ketepatan,” jelas Encik Shanmugam.

Satu lagi contoh diberikan Encik Shanmugam adalah pertukaran surat antara Mufti Dr Nazirudin Mohd Nasir dengan Ketua Rabbi Mordechai Abergel satu minggu selepas konflik tersebut bermula.

Mengulas tentang pertukaran surat itu, Encik Shanmugam berkata: “Ia mengesahkan kepercayaan, keyakinan, dan persahabatan yang telah lama terjalin antara orang Yahudi dan Muslim di Singapura, dan membuat rayuan bersama untuk nyawa ribuan rakyat Israel dan Palestin yang terperangkap dalam konflik itu.”

Memetik satu tinjauan oleh Pusat Penyelidikan Pew pada 2022, Encik Shanmugam berkata, kebanyakan orang dewasa di Singapura yang beragama, sangat bertolak ansur dan menerima agama lain.

“Kebanyakan rakyat Singapura melihat kepelbagaian agama Singapura sebagai satu faktor yang menjadikan Singapura tempat yang lebih baik untuk didiami.

“Apa yang kita ada hari ini tidak berlaku secara kebetulan. Generasi pemimpin pemerintah, pemimpin agama, dan pemimpin masyarakat, seperti kebanyakan anda di sini, telah bekerja keras untuk memupuk keharmonian agama yang kita nikmati hari ini,” ujarnya.

Beliau menjelaskan, selepas serangan 11 September (9/11), Mufti ketika itu telah mengutuk serangan pengganas, dan menekankan bahawa pengeboman berani mati adalah bertentangan dengan ajaran Islam.

Pada 2014 pula, sebagai tindak balas kepada peningkatan keganasan di Gaza, dan pengambilalihan ISIS di beberapa bahagian Iraq, Uskup Agung Gereja Katolik di Singapura mengeluarkan panduan tentang cara berdoa untuk mangsa dan untuk wilayah itu secara keseluruhan.

“Jadi, adalah perkara biasa, malah, adalah penting bagi pemimpin agama untuk mempertimbangkan perkara yang melibatkan orang dalam masyarakat mereka. Rakyat Singapura semua bekerjasama untuk memupuk penerimaan, keamanan dan kemanusiaan, merentas agama.

“Apa yang kita ada di Singapura hari ini adalah berharga dan kita mesti melakukan semua yang kita mampu untuk menegakkannya. Begitu juga, dokumentari yang ditayangkan hari ini, mempamerkan kekayaan landskap keagamaan Singapura,” kata Shanmugam.

Dokumentari ditayangkan itu bertajuk ‘Technologies of the Soul’ dan menyentuh kepentingan kepercayaan dan tradisi dalam masyarakat Singapura di era teknologi yang pesat berubah.

Diarahkan oleh Penolong Profesor Universiti Teknologi Nanyang (NTU), Profesor Ian McGonigle, ‘Technologies of the Soul’ meneroka pandangan tempatan tentang perubahan teknologi kontemporari dari sudut pandangan 10 agama dan pengulas pakar Singapura yang diiktiraf. Ramai pemimpin agama daripada IRO telah ditemubual dalam filem itu.

Pemimpin agama dan anggota IRO sama-sama mendoakan keamanan dan keselamatan penduduk di Israel dan Gaza sebelum tayangan dokumentari itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >