Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masyarakat terutama belia boleh jadi 'mata dan telinga' dalam usaha SG banteras pengganasan

Jul 17, 2022 | 05:30 AM



PEMERINTAH tidak boleh mengatasi ancaman pengganasan terhadap Singapura sendirian dan memerlukan anggota masyarakat, termasuk golongan belia, untuk menjadi 'mata dan telinga' dalam masyarakat, kata Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim.



Anggota masyarakat boleh membantu dengan melaporkan individu yang mencurigakan sebelum mereka terjerumus lebih dalam dengan fahaman radikal, tambahnya.



Belia juga memainkan peranan penting dalam mempererat hubungan dan memupuk persefahaman di kalangan kumpulan kaum dan agama yang berbeza untuk menjaga keharmonian masyarakat Singapura.



"Ini bagi memastikan masyarakat kita dapat kekal bersatu padu sekiranya berlaku serangan pengganas di sini," kata Dr Faishal di sesi pendampingan belia anjuran Taman Bacaan Pemuda Pemudi Melayu Singapura semalam.



Sesi dialog itu diadakan dengan kerjasama Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG) dan Kumpulan Jagaan Lanjut Antara Agensi (ACG).



Ia dihadiri sekitar 30 mahasiswa dari Persatuan Muslim Universiti Teknologi Nanyang (NTUMS).



Peserta di sesi itu turut berpeluang mengikuti penyampaian oleh Pengarah Eksekutif Centinel, Dr Jolene Jerard, yang juga zamil kanan adjung di Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam (RSIS) yang berjudul Strengthening Social Cohesion Through Peacebuilding (Memperkukuh Kesepaduan Sosial Melalui Pembangunan Keamanan), yang juga merupakan tema utama sesi tersebut.



Ini diikuti oleh penyampaian daripada juruanalisis penyelidikan di RSIS, Ustaz Ahmad Helmi Mohamad Hasbi, yang juga kaunselor RRG, berjudul Countering Violent Extremism and Strengthening Social Cohesion (Menentang Ekstremisme Ganas dan Memperkukuh Kesepaduan Sosial).



Peserta kemudian mengikuti sesi dialog bersama Dr Faishal, para penceramah, presiden Taman Bacaan dan antara pengasas ACG, Encik Abdul Halim Kader, serta naib pengerusi AMP Singapura, Encik Hazni Aris.



Dr Faishal, yang dalam ucapannya menyebut tentang laporan penilaian ancaman pengganasan Singapura yang dikeluarkan baru-baru ini, berkata kerjasama antara Taman Bacaan, ACG dan RRG itu adalah usaha yang baik untuk menjadikan belia peka terhadap ancaman ekstremisme ganas, dan peranan yang boleh dimainkan oleh semua orang untuk memastikan idea-idea pelampau tidak bertapak dalam masyarakat.



Encik Abdul Halim dalam ucapannya berkata Taman Bacaan sejak penubuhannya pada 1960 terlibat secara aktif untuk memupuk dalam kalangan belia betapa pentingnya sumbangan dan penglibatan mereka dalam menjadikan Singapura sebagai tempat tinggal yang selamat.



"Tema hari ini menonjolkan penyebaran ideologi radikal dan ancaman pelampau ganas di Singapura. Kita dengar dan lihat kes belia terlibat dengan radikalisasi sendiri dan ekstremisme. Justeru, Taman Bacaan telah menganjurkan sesi dialog dengan pakar dan belia secara langsung untuk melibatkan mereka dalam memperkukuh perpaduan sosial," katanya.



Setiausaha agung kehormat NTUMS, Cik Nursarah Safari, berkata sesi semalam membolehkan belia memperkayakan perbincangan tentang isu tersebut.



"Soalan yang diajukan semasa sesi itu termasuk yang bersifat lebih peribadi melibatkan peranan kita sebagai ketua dalam masyarakat Islam, tetapi ada juga soalan yang lebih luas mengenai identiti kita sebagai warga Singapura dalam memainkan peranan kita dalam menentang pengganasan," katanya.




"Tema hari ini menonjolkan penyebaran ideologi radikal dan ancaman pelampau ganas di Singapura. Kita dengar dan lihat kes belia terlibat dengan radikalisasi sendiri dan ekstremisme. Justeru, Taman Bacaan telah menganjurkan sesi dialog dengan pakar dan belia secara langsung untuk melibatkan mereka dalam memperkukuh perpaduan sosial."
- Encik Abdul Halim Kader, presiden Taman Bacaan dan antara pengasas ACG.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >