Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masyarakatkan Sambutan

Aug 10, 2019 | 05:30 AM



KONTINJEN Kenderaan (Mobile Column) akan mengunjungi lima kawasan perumahan awam hari ini sebagai sebahagian sambutan Hari Kebangsaan anjuran Persatuan Rakyat (PA).



'Rombongan' 60 kenderaan itu dijangka tiba di lima tempat - Bishan, Wisma Geylang Serai (WGS), Jurong East, Punggol dan Woodlands - pada 6.45 petang.



Kenderaan tersebut akan melalui empat jalan yang ditetapkan. Laluan tersebut berdekatan banyak mercu tanda Singapura.



Kenderaan di laluan kawasan tengah, utara dan barat akan bertolak dari Bangunan F1 pada 2 petang.



Selanjutnya, kenderaan akan menuju ke Hab HDB Toa Payoh, Junction 8, Jubilee Square, stesen MRT Yishun dan stesen MRT Sembawang. Laluannya berakhir di Causeway Point, Woodlands.



Kenderaan yang mengikuti laluan kawasan selatan dan barat pula akan bergerak pada 2.30 petang menuju ke Westgate, Jurong East.



Sebelum itu, mereka melalui kawasan Bukit Merah dan Pusat Beli-Belah Clementi.





Pada 3 petang, kenderaan laluan kawasan selatan dan timur akan melalui stesen MRT Kallang dan Kembangan, Our Tampines Hub (OTH), stesen MRT Kaki Bukit dan berakhir di Wisma Geylang Serai (WGS).



Setengah jam kemudian, baki kenderaan akan melalui kawasan pusat beli-belah nex, Kovan Heartland Mall dan Compass One sebelum menuju ke destinasinya, Waterway Point, Punggol.





Pengerusi Jawatankuasa Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) Kejiranan, Kolonel Lim Lit Lam, berkata:



"Ini tahun istimewa bukan hanya sebab ia tahun Bicentennial Singapura (sambutan dwiabad Singapura), malah tahun ke-50 Kontinjen Kenderaan kali pertama beraksi di Padang bagi NDP 1969.



 



"Kami juga mahu membawa sebahagian NDP ke kawasan kejiranan pada 10 Ogos ini (hari ini)."



Penduduk di lima estet perumahan awam itu akan berpeluang melihat secara lebih dekat kenderaan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) dan Home Team.



Tayangan secara langsung perarakan boleh dinikmati menerusi laman NDP.



Pengerusi Jawatankuasa Sambutan Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) dan Kontinjen Kenderaan, Kolonel Yeo Hwee Bin, berkata:



"Warga Singapura akan dapat melihat Kontinjen Kenderaan secara lebih dekat apabila kami memandu lalu kawasan kediaman.



"Bagi meningkatkan pengalaman tontonan kepada lebih ramai warga Singapura, tayangan secara langsung, yang juga memaparkan pemandangan 360 darjah, akan disediakan di laman NDP."



Pengalaman tontonan sedemikian merupakan yang pertama buat NDP.



"Kami berharap, dengan membawa Kontinjen Kenderaan ke estet kejiranan, warga boleh meraih pengalaman yang tidak boleh dilupakan ketika menyambut hari lahir negara yang ke-54," ujar Kolonel Yeo.



Sambutan di setiap estet perumahan awam juga unik dengan pelbagai kegiatan yang disediakan.



Misalnya, ada kegiatan 'laser tag' di Bishan; 'persembahan payung' penduduk dan pelajar Woodlands; serta permainan dan makanan tradisional di Punggol.



Di Geylang Serai dan Jurong East, orang ramai boleh bergambar di tempat menarik yang dihiasi seni tampak PAssionArts.



Warga juga boleh menyelami pengalaman seni bersifat amali.



Pertunjukan bunga api akan mengakhiri sambutan di setiap estet.



Sebanyak 50,000 beg cenderahati NDP akan diberikan kepada penduduk.



Penerima sudah mendaftarkan nama lebih awal di kelab masyarakat berdekatan untuk menerima beg tersebut.




SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN SERATA NEGARA



DI ESTET PERUMAHAN AWAM



Hari ini



- Jurong East: Dekat Westgate



- Woodlands: Sebelah Causeway Point



- Bishan: Sebelah Junction 8



- Punggol: Sebelah Waterway Point



- Wisma Geylang Serai



KONSERT



Hari ini dan esok



- Konsert Hari Kebangsaan Mediacorp



Tempat: Taman di Persisiran



RUMAH TERBUKA MUZIUM



Hari ini:



- Muzium Negara Singapura (NMS)



- Muzium Tamadun Asia (ACM)



- Galeri Nasional Singapura




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >