Subuh
5:56
Syuruk
7:17
Zuhur
1:19
Asar
4:41
Maghrib
7:20
Isyak
8:32

Mat motor 'menjerit'

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Mat motor 'menjerit'

May 12, 2014 | 06:47 PM

SEDANG bakal pembeli kereta girang ekoran harga sijil hak memiliki kenderaan (COE) yang sudah mula turun, bakal pembeli motosikal sebaliknya merungut kerana harga COE motosikal terus naik dengan keputusan taruhan terbaru bulan ini mencecah $4,502 - rekod tertinggi sejak 17 tahun lalu.

Menurut para peniaga dan pemilik motosikal, kenaikan tersebut sukar dibendung kerana permintaan terhadap COE motosikal semakin tinggi dan bekalan COE yang ditawarkan pula telah dikurangkan.

Seorang pemilik motosikal Dukati, Encik Rahmad Senin, 45 tahun, berkata peningkatan COE keterlaluan itu disebabkan bilangan COE motosikal yang ditawarkan setiap taruhan telah dikurangkan daripada 480 kepada 360.

"Dulu motosikal Kapcai boleh dapat dibeli dengan harga $3,000 atau $4,000, tetapi sekarang $10,000.

"Saya kira harga COE motosikal sudah melampau. Saya kasihan mereka yang bergaji kecil dan bergantung kepada motosikal untuk cari makan," kata Encik Rahmad.

Ikuti laporan lajut di akhbar cetak Berita Harian esok.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3