'Mat Motor' sertai kempen antidadah
May 12, 2019 | 05:30 AM
DERUMAN enjin kira-kira 15 motosikal bergema memecahkan kesunyian subuh di Masjid Istighfar baru-baru ini.
Matlamat anggota serta penyokong Persatuan Kumpulan Motosikal Wings (WMGS) Singapura itu bukan sahaja untuk menyertai solat jemaah di masjid, malah buat julung-julung kalinya menyertai usaha menyebarkan mesej antidadah.