Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mat Sabu kunjung Masjid Sultan

Jun 01, 2018 | 04:56 PM



MENTERI Pertahanan Malaysia yang baru, Encik Mohamad Sabu (gambar, tiga dari kiri), menjadi tumpuan sesetengah jemaah yang menghadiri solat Jumaat di Masjid Sultan, hari ini.





Encik Mohamad, yang dikenali dengan panggilan Mat Sabu, telah dilihat sesetengah jemaah yang kemudian berjabat tangan dengannya selepas solat Jumaat.





Salah seorang jemaah yang sempat memetik gambar beliau, Encik Zuraidi Mohamed Anwar, 31 tahun, berkata sebelum itu beliau melihat barisan saf hadapan masjid yang ditutup bagi memberi laluan kepada Encik Mohamad Sabu serta rombongannya.





“Selepas solat, dan semasa berjalan di luar masjid, saya pusing belakang dan nampak beliau.





“Orangnya ramah. Apabila dihampiri jemaah, beliau dengan rela bersalaman dengan mereka,” kata Encik Zuraidi yang merupakan seorang kakitangan awam.





Encik Mohamad Sabu berada di Singapura sempena Dialog Shangri-La yang bermula hari ini hingga Ahad.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >