Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mat Sabu 'terkejut' dilayan bak selebriti di S'pura

Jun 03, 2018 | 01:41 PM



 



 



BELIAU mempunyai lebih 200,000 pengikut di laman media sosial dan klip video hujahnya semasa berkempen telah dijadikan bahan satira oleh warga Internet.



Namun Menteri Pertahanan terbaru Malaysia Mohamad Sabu sama sekali tidak menyangka beliau akan disambut dengan begitu mesra oleh warga Malaysia dan penduduk setempat semasa mengunjungi Singapura untuk menghadiri Dialog Shangri-La hujung minggu ini.



Pada Jumaat (1 Jun), beliau dikerumuni awam selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan, dengan ada yang meminta mengambil gambar dengannya.



Diringi beberapa pegawai keselamatan dan dengan senyuman Encik Mohamad, 63 tahun, memenuhi beberapa permintaan itu.



“Ini adalah kejutan yang menyenangkan. Saya tak sangka mereka mengikuti perkembangan politik di negara kita,” kata Encik Mohamad, seperti yang dilaporkan oleh agensi berita Malaysia Bernama.



Menukil laporan akhbar ini tentang kunjungan Encik Mohamad Sabu ke Masjid Sultan itu, beberapa akhbar dan laman web di Malaysia juga menerbitkan laporan tentang status selebriti tokoh politik yang juga dikenali sebagai ‘Mat Sabu’ itu.



Beberapa pengguna media sosial juga berkongsi laporan tentang Mat Sabu menjadi 'selebriti' di Singapura.



[embed]https://twitter.com/staronline/status/1003124859608621057[/embed]



[embed]https://twitter.com/MeowPhone/status/1003127775488720896[/embed]



[embed]https://twitter.com/malaysia_baharu/status/1003134592948170752​[/embed]



Malah, tarikan selebriti Mat Sabu juga dirasai di dewan persidangan.



Bercakap kepada Bernama, seorang anggota rombongan Encik Mohamad berkata Encik Mohamad juga dikerumuni ‘peminat’ di Hotel Shangri La, di mana dialog keselamatan serantau itu diadakan.



Peserta lain di dialog itu dan kakitangan hotel menghampiri Encik Mohamad untuk meminta bergambar dengannya.



“Kami pulang lewat ke bilik kami kerana memenuhi permintaan ‘peminat’ yang menghampirinya di lobi hotel,” kata anggota rombongan itu.



Encik Mohamad ialah presiden Amanah, antara parti yang menganggotai Pakatan Harapan, yang menewakan parti kerajaan untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 di Malaysia baru-baru ini.



Encik Mohamad dilantik sebagai Menteri Pertahanan bulan lalu.



Beliau dijadual bertemu Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat James Mattis sebelum pulang ke Malaysia pada 3 Jun.



 



 



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >