Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mata kabur tidak hambat gadis cemerlang dalam larian pecut

Oct 11, 2018 | 05:30 AM



Lebih 8,700 pelajar dari sekolah menengah, maktab rendah dan institut pusat (CI) telah dianugerahkan Anugerah Warna Majlis Sukan Sekolah Singapura (SSSC) tahun ini. Acara Penyampaian Anugerah SSSC baru-baru ini juga menandakan penutupan acara Sukan Sekolah Kebangsaan 2018 yang menyaksikan kira-kira 60,000 pelajar mengambil bahagian dalam hampir 30 sukan berbeza. ZULAIQAH ABDUL RAHIM (zulabr@sph.com.sg) mewawancara dua atlit muda yang menerima penanugerahan ini.



DILAHIRKAN dengan katarak kongenital - yang menyebabkan penglihatannya jadi kabur - Anggun Kasturi Mohammad Yusof tidak menjadikan keadaannya suatu penghambat untuk membawanya ke 'garisan penamat'.



Anggun Kasturi, 16 tahun, seorang pelari pecut, tidak akan berhenti berlari selagi tidak ada orang yang memberi isyarat seperti menjerit atau menepuk bahunya.



Penglihatan matanya yang begitu rabun menghindarinya dari melihat mana garisan penamat trek larian - walaupun dengan menggunakan kaca mata melebihi 1,000 darjah.



Kasturi adalah antara 8,700 pelajar dari sekolah menengah, maktab rendah dan institut pusat (CI), yang menerima Anugerah Warna Majlis Sukan Sekolah Singapura (SSSC) tahun ini.



Anugerah itu diberi kepada pelajar bagi mengiktiraf pencapaian cemerlang serta menunjukkan nilai semangat sukan yang baik.



Dia menerima Anugerah Warna (Kepujian) bagi sumbangannya kepada sukan olehraga bagi orang kurang upaya.



Pelajar menengah tiga itu berasa bangga mengenai anugerah yang diterimanya.



Bakatnya mula dicungkil semasa dia di Sekolah Menengah Crest dan di situ dia berlatih berlari secara kompetitif.



Setiap Rabu, Kasturi berlatih di bawah kegiatan kokurikulumnya di sekolah dan pada Jumaat pula, bersama Majlis Sukan Kurang Upaya Singapura (SSDC).



Bagi Kasturi, mengimbangi pelajaran dan jadual latihan tidak sukar kerana kurikulum sekolahnya membantu dia meneruskan minatnya.



Di Sekolah Menengah Crest, sebuah sekolah yang khususnya bagi pelajar normal teknikal, pelajar tidak diberi kerja sekolah untuk dibuat di rumah.



Sebaliknya, mereka harus melunaskan kerja sekolah sebelum tamat sekolah pada 3.30 petang.



Ini bagi membolehkan mereka menumpukan perhatian kepada aspek lain dalam kehidupan mereka.



Hasil kesungguhan Kasturi terbukti apabila dia dipilih untuk mewakili Pasukan Singapura di Sukan Para Belia Asia 2017 di Dubai dan mengharumkan nama negara dengan meraih pingat perak.



Dia mencatatkan masa peribadi terbaiknya, 14.85 saat, bagi acara larian pecut 100 meter itu.



Namun, kejayaan dan jiwa para atlit muda itu pada sukan larian pecut bukan sesuatu yang mengejutkan.



Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.



Ibunya, Cik Norrizan Nahar, 37 tahun, yang juga mempunyai kondisi katarak kongenital, merupakan seorang bekas para atlit pelari pecut.



Beliau adalah pembakar semangat bagi Kasturi untuk terus meraih kejayaan dalam sukan itu.



"Saya ingin mengikuti jejak langkah ibu saya dan mencapai cita-cita beliau," tambah Kasturi yang mengambil korikulum vokasional dalam bidang peruncitan.




"Saya ingin mengikuti jejak langkah ibu saya dan mencapai cita-cita beliau."
- Anggun Kasturi Mohammad Yusof, mengenai pelibatannya dalam acara larian pecut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >