Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mata wang SGD yang kukuh bantu kurang beban pengajian anak ke luar negara

Jul 26, 2022 | 05:30 AM



MESKIPUN anaknya bakal melanjutkan pengajian ke luar negara menerusi biasiswa yang diterimanya, Cik Rilla Melati Bahri, berkata yang beliau masih perlu 'mengetepikan' bajet yang agak besar bagi perbelanjaan lain.



Ini termasuk kos penerbangan, penginapan sementara semasa beliau menghantar anaknya itu, dan wang saku belanja harian.



Lantas personaliti setempat berusia 49 tahun itu berasa dirinya agak bernasib baik kerana nilai mata wang Singapura yang semakin kukuh pada masa ini bermakna perbelanjaan bagi pengajian anaknya itu dapat dikurangkan sedikit.



"Memanglah biasiswanya meliputi yurannya dan tempat tinggalnya.



"Namun persiapan sebelum ke sana, juga masih perlukan wang," katanya.



Dan ini belum lagi termasuk ongkos perbelanjaan hariannya semasa menuntut di United Kingdom, kata Rilla.



Anak lelakinya itu, Encik Nadim Nazri, 21 tahun bakal melanjutkan pengajiannya ke Sekolah Seni Bina dan Sekitaran Binaan Bartlett di UCL, London di Britain selepas mendapat biasiswa daripada salah sebuah lembaga berkanun di sini.



Encik Nadim dijangka menghabiskan tempoh selama enam tahun di sana bagi pengajiannya itu.



Semasa dihubungi, usahawan dan ibu seorang anak itu berkata bahawa beliau perlu peruntukan 'beberapa ribu dolar' setahun untuk perbelanjaan harian anaknya itu.



"Mujur nilai mata wang Singapura kini lebih kukuh.



"Bila ditukar kepada pound UK, saya dapat jimat sedikit," tambahnya.



Dianggarkan pada masa kini 1 pound berharga $1.679.



Nilai tukaran ini merosot berbanding $1.840 Januari lalu.



Nilai mata wang Singapura menjadi lebih kukuh menyusuli langkah Penguasa Kewangan Singapura (MAS) mengukuhkannya bagi membendung inflasi dan memastikan kestabilan harga dalam jangka panjang.



Ia merupakan kali keempat MAS mengetatkan dasar kewangan sejak Oktober tahun lalu sejajar dengan tekanan harga sejagat.



Dolar Singapura yang lebih kukuh dapat mengurangkan inflasi barangan dan bahan mentah import. Inflasi import merupakan sumber utama kenaikan harga inflasi di Singapura yang membeli sebahagian besar produk dari luar negara.



Semasa dihubungi, Encik Nadim berkata antara persiapannya sebelum melanjutkan pengajiannya termasuk mendapatkan komputer riba dan iPad baru, selain bahan-bahan menulis dan melukis bagi kegunaannya semasa di sana.



"Tapi yang lebih penting adalah untuk membeli mata wang pound yang jatuh sedikit berbanding mata wang Singapura pada masa ini," ujarnya.



LAPORAN SELANJUTNYA: Permintaan tinggi bagi mata wang AS$, euro dan pound Britain




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >