Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Matlamat jadikan Tampines bandar eko pertama di S'pura

Nov 22, 2020 | 05:30 AM



MATLAMAT dalam lima tahun akan datang adalah untuk menjadikan Tampines bandar eko pertama Singapura.



Demikian menurut Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad sedang Our Tampines Hub meraikan pelancarannya sebagai Eko Hub terbesar Singapura serta ladang hidroponik menegaknya, Our Green Hut, semalam.



Dengan lebih daripada 15 jenis hasil segar untuk ditanam di Our Green Hut, penduduk Tampines boleh menantikan berkongsi tuaian melimpah-limpah.



Menurut Encik Masagos, yang juga penasihat kepada GRC Tampines, ia merupakan hasil tambah banyak inisiatif dan salah satu inisiatif pertama mereka adalah untuk menggalakkan penduduk memahami apa erti kemampanan dan melakukannya menerusi OTH.



Usaha hidroponik itu merupakan model bagaimana penduduk boleh melibatkan diri dalam OTH dan kemudian, ia bakal dibawa keluar kepada masyarakat, kata Encik Masagos.



Contohnya, sebanyak 50 model hidroponik percuma akan diberikan kepada penduduk untuk menanam makanan di rumah.



"Tetapi rancangan lebih besar adalah untuk menanam makanan dalam Tampines," tambahnya.



Bagi penduduk Tampines yang telah menanam sayur-sayuran mereka sendiri di rumah menggunakan cara tanah tradisional dan kini ingin memulakan perjalanan kebun bandar tanpa tanah, OTH akan memberikan kit permulaan hidroponik secara percuma.



Kit ini dibangunkan sebagai sebahagian usaha prototaip untuk Our Green Hut.



Penerima kit yang layak akan dibimbing untuk memupuk dan mengekalkan tanaman mereka.



Encik Masagos berkata seramai 600 penduduk telah membuat pendaftaran dan ini hanya permulaan.



"Apa yang kami ingin mereka tunjukkan adalah untuk buktikan mereka boleh dan suka berkebun dan mahu menanam makanan kerana kami tidak mahu ini untuk menjadi usaha satu kali dan mereka membuang kelengkapan itu. Kami mahu mereka buktikan bahawa mereka mahu melakukan ini sebagai usaha berterusan untuk menanam makanan di rumah bermula dengan sayur-sayuran mudah dan mungkin kemudian sayur-sayuran lebih sukar untuk ditanam dan siapa tahu, strawberi satu hari nanti," jelasnya.



Selain pelancaran tersebut, OTH telah mengadakan pertunjukan perjalanan pembelajaran eko bertemakan "OTH Goes Green With Tampines" sepanjang Festive Walk East hingga 29 November ini.



Ia akan memaparkan ciri kemampanan eko hab tersebut dan inisiatif hijau akan datang, serta pelan induk lima tahun Bandar-Eko Tampines.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >