TABUNG AMAL AIDILFITRI
Matlamat kutip $800,000 tahun ini
Sasaran sama seperti tahun lalu kerana sumbangan penderma dijangka perlahan
May 29, 2016 | 05:30 AM
PENGELOLA Tabung Amal Aidilfitri (TAA) telah menetapkan matlamat mengumpul $800,000 pada musim pungutan tahun ini, sama seperti tahun lalu.
Ketua Jawatankuasa Eksekutif TAA, Encik Muhd Harmizan Abdul Hamid, berkata pihaknya menetapkan sasaran yang sama itu kerana menjangkakan sumbangan yang lebih perlahan ekoran pertumbuhan ekonomi yang dijangka lembap.