Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Matlamat latih pendamping dengan lebih baik bagi bantu bekas penagih: Faishal

Jun 08, 2021 | 05:30 AM



INDIVIDU yang mendampingi bekas penagih dadah boleh dilatih dengan lebih baik dan dilengkapkan dengan kemahiran tambahan untuk membantu bekas penagih menjauhi dadah.



Ini sebahagian usaha penting dalam pemulihan bekas pesalah dan membantu mereka kembali kepada masyarakat, iaitu satu proses yang memerlukan sokongan keluarga dan masyarakat, kata Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.



Bercakap semasa satu wawancara di radio Money FM 89.3 semalam, Dr Faishal berkata kadang-kala, ketagihan dadah boleh disebabkan hanya seperkara yang menyelinap ke dalam pemikiran seorang bekas pesalah.



"Setiap kali seseorang berfikir hendak kembali kepada ketagihan itu, seharusnya ada seseorang yang boleh dirujuk oleh mereka bagi mendapatkan pertolongan," katanya.



Dr Faishal berkata adalah penting bantuan sedemikian bersumber daripada pihak yang berhubungan dengan pemerintah dan agensi yang menjadi rakan kongsinya, dan diberi dengan tujuan membentuk rangkaian sokongan erat.



Beliau memberi contoh Rangkaian Tindakan Masyarakat bagi Pemulihan Bekas Pesalah CARE, yang dibentuk pada 2000 dan dianggotai agensi pemerintah dan lebih 100 rakan kongsi dalam masyarakat.



Satu inisiatif di bawah rangkaian Care ialah Pusat Khidmat Penjagaan Berterusan Bagi Pesalah dan Keluarga (Fitrah), yang dilancarkan oleh Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) pada 2019, kata Dr Faishal.



Menurutnya, Fitrah telah merekrut hampir 200 pendamping, yang antara lain mengunjungi keluarga bekas pesalah dan banduan untuk menghubungkan mereka dengan program bantuan sosial.



Mengulas mengenai proses pemulihan terbaik bagi bekas pesalah, Dr Faishal berkata: "Ia merupakan perjalanan panjang dan semestinya tidak mudah.



"Saya berharap lebih ramai rakan masyarakat akan membantu kami untuk menawarkan sekitaran yang dapat menyokong bekas pesalah yang sedang berusha menyertai semula masyarakat."



Semasa perbahasan Belanjawan di Parlimen Mac lalu, Dr Faishal memberi contoh rancangan Reben Kuning Singapura untuk melengkapkan bekas pesalah dengan kemahiran bagi pasaran kerja.



Ini termasuk menawarkan mereka pekerjaan serta peluang belajar dan menjalani latihan selepas dibebaskan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >