Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Maut nahas PIE: Niat pulang ke Bangladesh tidak kesampaian

Apr 23, 2021 | 05:30 AM



TANPA disangka, panggilan telefon antara Encik Zahirul Islam dan anak saudaranya Toffazal Hossain pada awal Ramadan beberapa hari lalu ialah perbualan terakhir mereka.



Encik Toffazal, 33 tahun, meninggal dunia dalam satu kemalangan di Ekpsreswe Rentas Pulau (PIE) Selasa lalu.



Warga Bangladesh itu dalam perjalanan ke tempat kerja bersama 16 pekerja migran lain apabila lori yang mereka naik berlanggar dengan sebuah lori jongket tidak bergerak.



Pekerja lain turut cedera dalam kemalangan itu.



"Saya baru bercakap bersamanya dua hari lalu untuk bertanya apakah beliau dapat berpuasa di dormitori," kata Encik Zahirul, 34 tahun, yang bekerja sebagai penyelaras keselamatan dan tinggal di sebuah dormitori lain di Kranji.



Menurut Encik Zahirul, Encik Toffazal ghairah ingin pulang ke Bangladesh selepas membayar pembedahan lencungan jantung ibunya, tetapi tidak mempunyai cukup wang.



"Sekitar enam bulan lalu, beliau menelefon saya untuk meminjam wang bagi beliau pulang ke Bangladesh untuk melawat ibuya... jika beliau pulang (ke Bangladesh) mungkin beliau tidak akan terlibat dalam kemalangan ini," kata Encik Zahirul.



Kali terakhir beliau bertemu anak saudaranya itu sekitar setahun lalu. Selepas itu mereka tidak bertemu disebabkan sekatan pemutus litar jangkitan Covid-19.



Bercakap kepada The Straits Times dari Bangladesh, seorang sepupu Encik Toffazal, Encik Md Saiem, berkata Encik Toffazal satu-satunya pencari nafkah dalam keluarganya.



Menurutnya, Encik Toffazal telah bekerja di Singapura lebih 10 tahun.



Encik Toffazal telah berumah tangga dan mempunyai seorang anak lelaki berusia dua tahun.



Beliau mempunyai tiga kakak dan seorang adik lelaki berusia 27 tahun yang sedang menjalani program kenal suai kerja di sebuah kolej perubatan.



Bapa Encik Toffazal, Encik Tofayel Ahmed, yang berusia 60-an tahun, tidak dapat menahan air mata apabila mengimbas panggilan telefon terakhir anaknya itu pada 17 April.



"Beliau berkata akan cuba pulang dalam masa dua bulan, sebelum Hari Raya Haji," katanya.



Encik Toffazal belum pulang ke Bangladesh sejak mendirikan rumah tangga pada 2018.



Berita mengenai kematiannya belum disampaikan kepada ibunya yang sedang sakit, kata adik Encik Toffazal, Encik Abdul Aziz.



"Saya memberitahu kakak-kakak dan mak cik saya supaya jangan memberitahunya. Kami hanya memberitahu beliau Toffazal mengalami kemalangan dan berada di hospital dan perlukan doanya," kata beliau.



Encik Aziz berkata beliau tidak tahu apa yang boleh dilakukan pada masa ini kerana keluarga itu telah kehilangan sumber pencariannya.



Encik Tofayel pulih daripada Covid-19 sebulan lalu.



"Beliau masih lemah. Abang saya beritahu saya supaja menjaga ayah kami dan beliau hantar sebarang duit yang kami perlu. Abang saya bak seorang kawan bagi saya. Saya tidak tahu apa saya harus lakukan sekarang," kata Encik Aziz.



Jenazah Encik Toffazal dijangka diterbangkan ke Bangladesh Ahad ini.



Encik Zahirul, yang sedang membantu keluarga Encik Toffazal menguruskan penerbangan itu, menyifatkan anak saudaranya sebagai amat pendiam dan berhati murni.



Beliau dan rakan-rakan Encik Toffazal telah mengumpulkan wang untuk diberi kepada keluarga Encik Toffazal.



Encik Zahirul berkata risiko keselamatan terus dihadapi pekerja migran semasa mereka dihantar ke tempat kerja jika isu-isu asas tidak ditangani.



"Satu contoh ialah tiada tali pinggang keledar di bahagian belakang lori," kata beliau.



Pertubuhan tidak mencari untung ItsRainingRaincoats berkata ia telah menghubungi keluarga Encik Toffazal untuk menawarkan kaunseling.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >