Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mayat 2 lelaki ditemui di Sungai Singapura, berdekatan Clarke Quay

Apr 18, 2021 | 12:21 PM



MAYAT dua lelaki berusia 26 dan 28 tahun ditemui di Sungai Singapura dinihari Ahad (18 April).



Polis menyatakan mereka diberitahu tentang kes lelaki yang kemungkinan lemas berhampiran Clarke Quay Central di 6 Eu Tong Sen Street sekitar 1.57 pagi.



Jurucakap Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menambah pihaknya menerima panggilan bagi menyelamatkan individu berkenaan di kawasan perairan sekitar 2 pagi. Apabila tiba di lokasi itu, pegawai SCDF tidak menemui sesiapa di situ.



Penyelam daripada Pasukan Menyelamat dan Bantuan Bencana (Dart) telah dikerahkan bagi membuat pencarian dasar lautan. 



Dart juga memanfaatkan kenderaan dasar lautan yang boleh beroperasi dengan kawalan jauh bagi kerja menyelamat. Ini membolehkan tugasan itu dibuat dengan menggunakan peralatan imej sonar yang melakar rupa bumi di dasar lautan.



"Penggunaan kenderaan ini mengurangkan risiko buat penyelam kerana keadaan air di dasar sungai itu yang menjejas darjah penglihatan. Ia juga mengurangkan waktu mencari," jelas jurucakap SCDF.



Mayat dua lelaki itu ditemui penyelam. Kedua-duanya disahkan mati di tempat kejadian oleh paramedik SCDF.



"Berdasarkan siasatan awal, polis tidak mengesyaki sebarang perbuatan khianat," jelas jurucakap polis.



Siasatan masih dijalankan.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >