Mayat 2 lelaki ditemui di Sungai S'pura, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Setempat0

Mayat 2 lelaki ditemui di Sungai S'pura

Apr 19, 2021 | 05:30 AM

MAYAT dua lelaki berusia 26 dan 28 tahun ditemui di Sungai Singapura dinihari semalam.

Polis menjelaskan mereka diberitahu tentang kes dua lelaki yang kemungkinan lemas berhampiran Clarke Quay Central di 6 Eu Tong Sen Street pada 1.57 pagi.

Jurucakap Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menambah pihaknya menerima panggilan menyelamatkan individu berkenaan di kawasan perairan sekitar 2 pagi.

Apabila tiba di lokasi itu, pegawai SCDF tidak menemui sesiapa di situ.

Penyelam Pasukan Menyelamat dan Bantuan Bencana (Dart) telah dikerahkan bagi membuat pencarian di bawah permukaan air.

Discover Malay Home Based Businesses

Dart juga memanfaatkan kenderaan bawah permukaan air yang boleh beroperasi dengan kawalan jauh bagi kerja menyelamat.

Ini membolehkan tugasan itu dibuat dengan menggunakan peralatan imej sonar yang melakar rupa bumi di bawah permukaan air.

"Penggunaan kenderaan ini mengurangkan risiko buat penyelam kerana keadaan air di dasar sungai itu yang menjejas darjah penglihatan. Ia juga mengurangkan waktu mencari," jelas jurucakap SCDF.

Mayat dua lelaki itu ditemui penyelam.

Kedua-duanya disahkan mati di tempat kejadian oleh paramedik SCDF.

"Berdasarkan siasatan awal, polis tidak mengesyaki sebarang perbuatan khianat," jelas jurucakap polis.

Siasatan masih dijalankan.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Try the new Halal Food Map