Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mayat bayi ditemui sebelah blok Hougang Ave 1; wanita 18 tahun bantu siasatan

Mar 29, 2023 | 08:35 PM



MAYAT seorang bayi ditemui di kaki Blok 166 Hougang Avenue 1 pada pagi Rabu, dengan seorang wanita berusia 18 tahun sedang membantu siasatan.


Polis berkata mereka dimaklumkan mengenai kes kematian luar biasa pada 11.30 pagi pada  Rabu.


Apabila The Straits Times   tiba di tempat kejadian kira-kira 1.20 tengah hari, satu  khemah biru dilihat di atas  kawasan  rumput di sebelah blok itu.


Seorang penyiasat polis dilihat memegang mayat bayi itu, dibalut dengan tuala merah jambu, apabila khemah itu dialihkan.


Satu unit di tingkat dua blok itu telah dikepung  polis, dan titisan darah dilihat di lobi lif terdekat.


Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata pihaknya menerima panggilan bantuan sekitar 11 pagi Rabu.


“Setibanya  SCDF, seorang bayi ditemui di kaki blok dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedik.


“SCDF menghantar seorang lagi ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK,” tambahnya.

Seorang wanita separuh umur dilihat disoal siasat polis kira-kira 1.30 tengah hari di kolong blok itu  selama kira-kira sejam.


Ketika ditanya sama ada wanita itu  tinggal di unit yang dikepung itu, seorang lelaki muda bersamanya enggan mengulas.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >