Mayat ditemui di Blok HDB di Chin Swee Road, polis sedang menyiasat

POLIS sedang menyiasat satu kes kematian luar biasa di Blok 52 Chin Swee Road.

Mereka dimaklumkan mengenai kes itu pada hari Selasa (10 Sep) pukul 8.30 malam, menurut polis pada hari Rabu.

Penduduk di blok itu memberitahu akhbar Cina, Lianhe Wanbao bahawa pegawai polis berada di tempat kejadian kira-kira selama enam jam, sehingga hampir pukul 2 pagi pada pagi Rabu.

Beberapa gambar menunjukkan unit itu dikunci..

Menurut laporan The Straits Times (ST), penduduk di blok itu melihat pegawai polis meninggalkan unit itu dengan beberapa barang seperti periuk logam dan beg.

Seorang penduduk berusia 81 tahun, yang ingin dikenali hanya sebagai Cik Hong, memberitahu Lianhe Wanbao bahawa pegawai polis telah meminta maklumat mengenai seorang lelaki, seorang wanita dan seorang budak yang tinggal di sebuah unit di tingkat lapan.

ST telah menghubungi polis untuk maklumat lanjut.