Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mayat ditemui di perairan Terengganu

Aug 14, 2019 | 05:41 PM



SEORANG nelayan menemui mayat seorang wanita di perairan Terengganu dan keluarga Cik Puah Geok Tin - salah seorang daripada dua pendayung Singapura yang hilang di perairan Endau di Mersing Khamis lepas (8 Ogos) - telah diminta untuk membantu mengenalpasti mayat tersebut.



Seorang nelayan melihat mayat itu sekitar 12.55 tengah hari tadi di Kemaman, Terengganu, menurut notis yang ditulis di papan di Pusat Mencari dan Menyelamat (SAR) di Mersing di mana anggota keluarga dan media termasuk The Straits Times ditempatkan.



Beliau kemudian memaklumkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di Kemaman.



Pihak berkuasa tempatan di sana mengambil semula mayat itu dan memaklumkannya kepada konsulat Singapura.



Di pusat SAR di Mersing, ahli keluarga Cik Puah dilihat memasuki bilik di mana pihak berkuasa tempatan dan kakitangan konsulat bercakap dengan mereka.



Beberapa minit kemudian, anak lelakinya, Encik Louis Pang dan suaminya, Encik Peng Mun Kit meninggalkan bilik tersebut dengan raut wajah sedih.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >