Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mayat lelaki dilaporkan hilang ketika snorkeling ditemui dekat Sisters' Islands

Dec 10, 2020 | 05:30 AM



PIHAK berkuasa telah menemui mayat seorang lelaki berusia 41 tahun yang dilaporkan hilang petang Ahad lalu ketika melakukan snorkeling bersendirian berhampiran Taman Marin Sisters' Islands.



Polis mengatakan mereka menemui mayat itu sekitar 5.45 petang di perairan berhampiran pulau tersebut (juga dikenali sebagai Pulau Subar Laut dan Subar Darat) semalam.



Mereka menjalankan satu operasi mencari dan menyelamatkan pada Ahad bersama Penguasa Kelautan dan Pelabuhan Singapura (MPA) dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) setelah menerima panggilan bagi bantuan sekitar 12.40 tengah hari itu.



Seorang pengunjung pulau itu, yang ingin dikenali sebagai Encik Ariff, mengatakan bahawa beliau ditegur oleh isteri lelaki berkenaan, yang bertanya apakah beliau terlihat suaminya, pada 12 tengah hari.



Wanita yang nampaknya berusia 30-an tahun itu kelihatan cemas.



Beliau menggambarkan suaminya sebagai seorang bertubuh besar dan berkata suaminya telah hilang selama empat jam, cerita Encik Ariff kepada akhbar The Straits Times.



Encik Ariff menambah bahawa wanita itu memberitahu beliau suaminya merancang melakukan snorkeling selama 30 minit sahaja.



"Kami terperanjat kerana dia sudah hilang agak lama, tetapi pada masa itu kami baru saja sampai di kawasan tersebut," kata Encik Ariff, seorang pemandu kenderaan barang berumur 25 tahun.



Encik Ariff bersama rakan-rakannya kemudian berenang ke tempat terakhir lelaki itu dilihat melakukan snorkeling, namun beliau mengatakan air di situ sangat dalam dan arusnya terlalu kuat.



Semasa berenang, mereka nampak beberapa bot polis di kawasan itu dan Encik Ariff mengandaikan polis sedang mencari lelaki yang hilang itu.



Beliau pulang pada 4 petang bersama kawan-kawannya, dan mengatakan hujan lebat ketika mereka beredar.



Polis masih menyiasat kematian itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >