Mayat lelaki ditemui terapung di Sungai Singapura
Jul 30, 2019 | 02:46 PM
Mayat seorang lelaki ditemui terapung di Sungai Singapura, berhampiran Muzium Tamadun Asia, pada pagi Selasa (30 Julai).
Menjawab soalan media, polis berkata ia diberitahu tentang kes itu sekitar 8.30 pagi.
Polis mengeluarkan lelaki itu dari sungai dan beliau disahkan mati oleh paramedik di tempat kejadian.
Beberapa pegawai polis boleh dilihat berhampiran khemah biru di tempat kejadian sekitar 12.30 tengah hari.
Sekurang-kurangnya tiga kenderaan polis diletak berhampiran muzium.
Polis sedang menyiasat kes kematian bukan semula jadi itu.